Laila Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Puan Sri Hajjah Laila Taib merupakan isteri kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud. Laila dilahirkan di Poland pada 1 Mac 1941 dalam sebuah keluarga Islam dan nama remajanya ialah Lejla Chaleck.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib serta 15 cucu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada 1953 Laila belajar di Sekolah Tinggi Perempuan Adelaide, Australia. Kemudian menjadi siswi perubatan di Universiti Adelaide pada 1959. Mereka berkahwin di Adelaide pada 13 Januari 1959 ketika Abdul Taib mengikuti pengajian ijazah undang-undang. Laila tiba di Sarawak pada 1962.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Laila merupakan pengasas dan Presiden Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Sarawak (Sabati) sejak 1982 dan penaung Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (Peryatim) sejak 1993. Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Beliau pernah menjadi Ketua Wanita Perkim Kebangsaan. Tabung Amal Kanser Laila Taib diusahakan bagi membantu pesakit barah.

Beliau dianugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1988.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Puan Sri Laila Taib meninggal dunia pada 29 April 2009 jam 3.40 petang di rumah mereka di Demak Jaya, Kuching akibat barah pada 68 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako, dekat Kuching, Sarawak.

Antara kenamaan yang hadir ialah Sultan Brunei, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng serta isteri Toh Puan Norkiah Abdullah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Isteri Ketua Menteri Sarawak, Laila Taib Meninggal". BERNAMA. 29 April 2009. Diperoleh pada 2 Mei 2009.