Sarawak
Negeri-negeri di Malaysia نڬري٢ د مليسيا |
|||||
| Sarawak Bumi Kenyalang سراوق بومي كينيالڠ |
|||||
|
|||||
| Cogan kata: Bersatu, Berusaha, Berbakti | |||||
| Lagu negeri: Ibu Pertiwiku | |||||
| Ibu negeri | Kuching | ||||
|---|---|---|---|---|---|
| Parti memerintah | Barisan Nasional-PBB | ||||
| - Yang di-Pertua | Abang Muhammad Salahuddin | ||||
| - Ketua Menteri | Abdul Taib bin Mahmud | ||||
| Sejarah | |||||
| - Kesultanan Brunei | Abad ke-19 | ||||
| - Dinasti Brooke | 1841 | ||||
| - Penjajahan Jepun | 1941-1945 | ||||
| - Kawalan British | 1946 | ||||
| - Pertumbuhan Persekutuan Malaysia | 1963[1][2][3] | ||||
| Keluasan | |||||
| - Jumlah | 124,450 km² | ||||
| Populasi | |||||
| - 2010 census | 2,471,140 [4] | ||||
| - Kepadatan | 20/km² | ||||
| Kod panggilan kebangsaan | 082a 083b 084c 085d 086e |
||||
| Poskod kebangsaan | 93xxx to 98xxx | ||||
| Huruf pertama plat kenderaan | QA & QK1 QB2 QC3 QL4 QM5 QP6 QR7 QS8 QT9 QSG10 |
||||
| Laman sesawang: | www.sarawak.gov.my | ||||
| a Untuk Kuching b Untuk Sri Aman c Untuk Sarikei & Sibu d Untuk Lawas, Limbang & Miri e Untuk Bintulu 1 Kuching 2 Sri Aman 3 Kota Samarahan 4 Limbang 5 Miri 6 Kapit 7 Sarikei 8 Sibu 9 Bintulu 10 Kenderaan rasmi kerajaan Sarawak |
|||||
Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.[5][6]
Isi kandungan |
Geografi[sunting]
-
Lihat juga: Bahagian di Sarawak dan Geografi Sarawak
Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.
Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (pop.700 000), Miri(pop.358,000), Sibu(pop.257,000), Bintulu(pop.200,000), Sarikei(pop.56 798), Sri Aman(pop.64 905) dan Limbang(pop.40 959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.
Sejarah[sunting]
-
Lihat juga: Sejarah Sarawak
Lebih dari 150 tahun yang lalu,Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei.Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak.Cita-citanya tercapai setelah beliau berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil Kesultanan Brunei.Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak.Dari tahun 1841 hingga 1941,Sarawak telah diperintah oleh James Brooke,Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.
Sebelum kurun ke-19,Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei.Pembesar-pembesar tempatan telah dilantik oleh sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak.Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei.
Walau bagaimanapun pada kurun ke-19,sultan Brunei telah melantik seorang pembesar Brunei iaitu Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak.Beliau telah mengambil alih kuasa politik pembesar tempatan.Pangeran Indera Mahkota telah memerintah dengan tidak adil,ini menyebabkan penduduk tempatan tidak puas hati.Berikutan kegagalan beliau itu,sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan penduduk tempatan.
Pada tahun 1840,Pangeran Raja Muda Hashim menerima kunjungan seorang pedagang British ynag bernama James Brooke..Beliau telah menerima bantuan daripada James Brooke untuk menamatkan kebangkitan tersebut.Pangeran Raja Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak sekiranya kebangkitan itu dapat ditamatkan.Dengan bantuan dan kekuatan tentera James Brooke,Pangeran Raja Muda Hashim berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak.Pangeran Raja Muda Hashim menyedari tindakannya melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidak akan mendapat persetujuan Sultan Brunei.Oleh itu,dia melengahkan pelantikan James Brooke.Tindakannya menyebabkan James Brooke marah lalu membedil bandar Kuching.Keadaan ini memaksa Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yang pertama.
Pada tahun 1842,James Brooke menghadap Sultan Brunei bagi mengesahkan kedudukannya.Pada tahun 1846,James Brooke telah diiktiraf oleh Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak yang merdeka.
Pembahagian daerah[sunting]
Terdapat sebelas (11) pembahagian daerah di negeri Sarawak.
Garis Masa Penyerahan Sarawak Kepada James Brooke[sunting]
| Tahun | Peristiwa | |
|---|---|---|
| 1836 | Kebangkitan menentang pemerintahan wakil Kesultanan Brunei di Sarawak | |
| 1840 | Pangeran Raja Muda Hashim Meminta Bantuan James Brooke untuk menamatkan penentangan di Sarawak | |
| 1841 | Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke sebagai Gebenor dan Raja Sarawak | |
| 1842 | Sultan Brunei mengiktiraf perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dan James Brooke | |
| 1846 | Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka |
Kerajaan negeri[sunting]
Negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.
Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak[sunting]
| Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
|---|---|---|
| Tun Abang Haji Openg | 1963 | 1969 |
| Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman | 1969 | 1977 |
| Tun Abang Muhammad Salahuddin | 1977 | 1981 |
| Tun Abdul Rahman Ya'kub | 1981 | 1985 |
| Tun Ahmad Zaidi Adruce | 1985 | 2000 |
| Tun Abang Muhammad Salahuddin | 2001 | kini |
Politik[sunting]
-
Lihat juga: Politik di Sarawak
Seperti hampir semua negeri-negeri lain, Sarawak diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional.
Ekonomi dan budaya[sunting]
Di Sarawak terdapat banyak kaum etnik. Kaum etnik yang terbesar di Sarawak ialah Iban. Kaum etnik yang lain ialah Melanau, Bidayuh, Kayan, Kedayan, Penan, Kelabit, Bisaya, Lun Bawang dan banyak lagi.
Pemuzik/kugiran dari Sarawak[sunting]
- Kumpulan Vagrant
- Nai vokalis Kumpulan Dinamik
- Radhi-O vokalis kumpulan OAG
- Kumpulan Nice Stupid Playground
- Dayang Nurfaizah
- Jason Lo
- Kumpulan Candy
- Dayang Nur Camelia Abang Khalid
- Deja Moss
- Dayang Erema
- Hafiz (penyanyi)
- The Times
- Kumpulan Hujan
Lihat juga[sunting]
Rujukan[sunting]
- ↑ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. July 1963. http://untreaty.un.org/unts/1_60000/21/36/00041791.pdf. Capaian 2010-07-29.
- ↑ United Nations list of Non-Self-Governing Territories, North Borneo and Sarawak
- ↑ Ahli Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- ↑ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
- ↑ United Nations Treaty Series No. 8029, Manila Accord between Philippnes, Federation of Malaya and Iindonesia (31 JULY 1963)
- ↑ United Nations Treaty Series No. 8809, Agreement relating to the implementation of the Manila Accord
Pautan luar[sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sarawak |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Perjanjian yang berkaitan dengan Malaysia antara Inggeris, N. Borneo, Sarawak dan Singapura |
- Pelaporan Sarawak
- Koleksi peta-peta Sarawak
- portal kerajaan Sarawak.
- Berita Sarawak.
- Kawan Online Sarawak.
|
|||||||||||
|
||||||||||
