Lambang negara Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lambang negara Singapura di Istana Singapura

Lambang negara Singapura dilancarkan pada 3 Disember 1959 bersamaan perlantikan Yang di-Pertuan Negara Singapura yang pertama, Encik Yusof bin Ishak.

Lambang ini terdiri daripada sebuah perisai merah di tengah yang mengandungi bulan sabit dan lima butir bintang. Warna merah melambangkan persaudaraan dan kesaksamaan segala manusia. Putih melambangkan kesucian dan kebaikan. Bulan sabit membawa maksud sebuah negara muda yang sedang maju. Bintang yang lima melambangkan lima prinsip yang dipegang oleh Singapura: demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan. Di sebelah kiri perisai terdapat seekor singa yang berdiri, yang melambangkan Singapura dan di sebelah kanan seekor harimau, yang melambangkan Malaysia, negara yang memiliki kaitan sejarah yang lama dengan Singapura. Di bawah perisai terdapat kekata, "Majulah Singapura", cogan kata negara Singapura.

Menurut undang-undang, lambang ini dilarang digunakan untuk tujuan komersil. Hanya badan-badan kerajaan yang berhak mempamerkan lambang tersebut di perkarangan bangunan mereka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]