Cogan kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cogan kata Pakistan

Cogan kata atau moto ialah frasa rasmi yang memerikan dorongan atau tujuan umum sesuatu kelompok sosial atau pertubuhan. Ia boleh ditulis dengan menggunakan mana-mana satu bahasa tetapi bahasa Latin paling digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan di seluruh dunia. Sebaliknya, pemerintahan dan kerajaan biasanya menggunakan bahasa tempatan untuk cogan katanya. Perkataan "moto" berasal daripada perkataan Itali yang membawa pengertian, "jaminan" atau "ayat".

Ilmu jata[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang ilmu jata, cogan kata sering digambarkan pada skrol jata, biasanya di bawah perisai tetapi kekadang juga di atas gencana, sebagaimana dengan ilmu jata Scotland. Dalam kedua-dua ilmu jata England dan Scotland, cogan kata tidak dikurniakan kedudukan jata dan justera, boleh digunakan dan ditukar dengan sewenang-wenangnya.[1]

Cogan kata Kaunti Somerset ditulis dalam bahasa Inggeris Lama (bahasa Anglo-Saxon), manakala cogan kata Cambridgeshire Selatan di Fenland ditulis dalam bahasa Belanda. Kapal dan kapal selam Tentera Laut Diraja masing-masing mempunyai lencana dan cogan kata, sebagaimana dengan Tentera Udara Diraja.

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang kesusasteraan, cogan kata ialah ayat, frasa, puisi, atau perkataan yang dibubuh pada permulaan sesuatu esei, bab, novel, dan sebagainya untuk membayangkan kandungannya. Ia merupakan ungkapan yang menandakan pedoman kepada bahan-bahan yang menyusul. Misalnya, karya Robert Louis Stevenson, Travels with a Donkey in the Cévennes (Pengembaraan dengan Seekor Keldai di Cévennes), menggunakan cogan kata pada permulaan setiap bahagian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Innes-Smith, Robert (1990). An Outline of Heraldry in England and Scotland. Pilgrim Press. m/s. 14. ISBN 0-900594-82-9. "Mottoes are not necessarily hereditary and can be adopted and changed at will."