Lapisan fizikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Model OSI
7 Lapisan aplikasi
6 Lapisan persembahan
5 Lapisan sesi
4 Lapisan pengangkutan
3 Lapisan rangkaian
2 Lapisan pautan data
1 Lapisan fizikal


Lapisan fizikal adalah lapisan pertama dalam model OSI di dalam rangkaian komputer. Lapisan ini menghantar aliran bit tak berstruktur (unstructured raw bits) melalui media fizikal (seperti kabel rangkaian). Lapisan fizikal akan menguruskan spesifikasi mekanikal dan elektrik bagi penyambung utama, seperti kabel, penyambung (connector), dan pilihan isyarat bagi penghubung fizikal antara dua nod.

Lapisan fizikal menentukan bagaimana kabel harus disambung ke kad antara muka rangkaian sebagai contoh ia menentukan berapa bilangan pin dipunyai oleh kad rangkaian dan apakah fungsi setiap pin. Lapisan ini juga menentukan teknik penghantaran yang mana satu akan diguna untuk menghantar data di sepanjang kabel rangkaian.

Lapisan fizikal menghantar bit sifar dan satu (0 dan 1) dari satu komputer ke komputer lain. Bit itu sendiri tidak mempunyai apa-apa makna pada paras ini. Lapisan ini juga menentukan berapa lama setiap bit itu boleh bertahan dan bagaimana setiap bit ini diterjemahkan kepada denyut elektrik atau optik untuk penghantaran dalam kabel rangkaian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]