Lapisan persembahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Model OSI
7 Lapisan aplikasi
6 Lapisan persembahan
5 Lapisan sesi
4 Lapisan pengangkutan
3 Lapisan rangkaian
2 Lapisan pautan data
1 Lapisan fizikal


Lapisan persembahan adalah lapisan keenam dalam model OSI di dalam rangkaian komputer. Lapisan persembahan akan menukarkan rupa bentuk data yang diterima dari lapisan yang lebih rendah, kepada format yang boleh diterima oleh lapisan yang lebih tinggi untuk diproses oleh lapisan tinggi tersebut. Lapisan ini menyediakan kemudahan untuk terjemahan kod, set aksara, aksara-aksara grafik, dan sebagainya untuk membolehkan peranti penghantar dan penerima memahami penghantaran tertentu.

Lapisan persembahan bertanggungjawab dalam menyulitkan (encrypt) dan nyah sulitkan (decrypt) data untuk tujuan keselamatan, memampat dan memperluaskan data untuk membolehkan penghantaran yang lebih cekap.

Redirector adalah satu utiliti yang terdapat di lapisan persembahan yang berfungsi menyalurkan operasi-operasi masukkan/keluaran ke sumber-sumber dalam komputer pelayan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]