Larry (kucing)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Larry
Seekor kucing jantan bertompok putih dan coklat yang memakai kain leher kekupu berwarna merah, putih dan biru.
Portret rasmi, 2016
Ketua Pemburu Tikus di Pejabat Kabinet
Memegang jawatan
15 Februari 2011
Berkhidmat dengan Freya (2012–2014)
Raja
Perdana Menteri
Didahului olehSybil (2009)
Butiran peribadi
Lahirs. Januari 2007 (umur 17)
London, England
Kediaman10 Downing Street
Pekerjaan
  • Pemburu tikus
  • pegawai kerajaan
AnugerahBlue plaque ("plak jasa biru") di Battersea Dogs & Cats Home (2012)

Larry (lahir s. Januari 2007) ialah seekor kucing tabi domestik British yang berkhidmat sebagai Ketua Pemburu Tikus di Pejabat Kabinet yang terletak di 10 Downing Street sejak tahun 2011. Larry dijaga oleh kakitangan Downing Street dan tidak mempunyai taklukan bawah hak milik peribadi perdana menteri. Beliau telah berkhidmat selama beberapa penggal pentadbiran perdana menteri oleh lima orang perdana menteri iaitu David Cameron, Theresa May, Boris Johnson, Liz Truss, dan Rishi Sunak .

Hayat awal[sunting | sunting sumber]

Larry merupakan seekor kucing jantan terbiar yang diambil pelihara di Battersea Dogs & Cats Home, yang kemudiannya dipilih oleh seorang kakitangan Downing Street.[1] Pada awalnya, Larry dipilih dengan hasrat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan untuk anak-anak sepasang suami isteri David dan Samantha Cameron. Larry juga dipuji oleh pihak Downing Street dengan sifat "pandai tangkap tikus" dan mempunyai "naluri kuat yang merangsang supaya mengejar dan memburu".[2] Pada tahun 2012, Battersea Dogs & Cats Home menyatakan bahawa pengaruh populariti Larry telah menyebabkan peningkatan bilangan orang yang mengambil pelihara kucing sebanyak 15 peratus.[3]

Sejurus selepas beliau diambil untuk dijadikan kucing peliharaan di Downing Street, ada cerita tersebar di media yang mendakwa bahawa Larry sebenarnya seekor kucing yang tersesat dan pemilik asalnya telah menjalankan kempen untuk mendapatkannya semula.[4] Walau bagaimanapun, cerita tersebut kemudiannya didapati palsu serta tidak wujudpun pemilik sedemikian ataupun kempennya seperti yang didakwa.[5]

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Tugas-tugas rasmi[sunting | sunting sumber]

Laman sesawang Downing Street menyebut tugas Larry "menyambut tetamu di rumah, memeriksa pertahanan keselamatan dan menguji perabot antik untuk penilaian mutu tidur". Laman tersebut turut menyebut bahawa beliau "merenung memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi kependudukan tikus di dalam rumah" serta beliau telah memaklumkan pihak Downing Street bahawa jalan penyelesaian seperti itu masih di "peringkat perancangan taktikal".[6] Tidak pula seperti penyandang sebelum beliau sejak tahun 1929, kewangan kebajikan sara hidup Larry dibiayai oleh kakitangan di 10 Downing Street.[7] Acara-acara pengumpulan dana untuk membiayai makan minumnya dipercayai melibatkan penganjuran malam kuiz oleh kakitangan Downing Street bertempat di banyak balairung seri di situ.[8] David Cameron memberi penjelasan semasa Soalan Perdana Menteri terakhirnya pada tahun 2016 bahawa Larry ialah seekor penjawat awam dan bukan hak milik persendirian, serta Larry tidak akan meninggalkan Downing Street walaupun berlaku pertukaran kepimpinan Perdana Menteri.[9] Larry sudah mengekalkan jawatannya sepanjang semua penggal pemerintahan Perdana Menteri May, Johnson, Truss, dan Sunak.

Tugas sebagai ketua pemburu tikus[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berjaya memperoleh hasil buruannya, seekor tikus, pada 22 April 2011.[10] Pada 28 Ogos 2012, Larry berjaya melakukan pemburuan di khalayak, menjatuhkan mangsanya di tanah halaman hadapan Nombor 10.[11] Pada bulan Oktober 2013, Larry telah menangkap empat ekor tikus dalam tempoh dua minggu manakala seorang kakitangan berjaya menyelamatkan seekor tikus daripada cengkamannya.[12]

Pada bulan Julai 2015, George Osborne, Bentara Bendahari, dan menteri Pejabat Kabinet Matt Hancock telah mengepung rapat seekor tikus di pejabat Bentara, lalu memerangkap tikus itu ke dalam pembungkus roti sandwic kertas berwarna pérang. Pihak media menyeloroh bahawa Osborne berkemungkinan mengambil alih jawatan Ketua Pemburu Tikus.[13]

Pada bulan Disember 2015, bekas Setiausaha Rumah, David Blunkett, memberi pendapat bahawa Larry perlu diminta agar meningkatkan tanggungjawabnya dengan menyertakan Istana Westminster yang ketika itu sedang diserang tikus.[14]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Larry berada di hadapan pintu 10 Downing Street, kediaman rasmi dan tempat kerja rasmi beliau

Larry mendapat kritikan mengenai sikap barannya serta prestasi kerja. Lebih kurang sebulan beliau tiba di Downing Street, sumber tanpa nama menyebut bahawa Larry "nampak sangat tidak ada naluri membunuh."[15]

Setelah itu pada tahun yang sama, Larry didapati menghabiskan banyak masa tidur berbanding memburu tikus, bahkan berpasangan dengan seekor kucing betina, Maisie.[16] Ada suatu ketika pada tahun 2011, tikus menjadi sangat menular di Downing Street sehingga Perdana Menteri, David Cameron, bertindak membaling sebilah garpu ke arah seekor tikus semasa majlis makan malam bersama ahli Kabinet.[16] Larry hampir dipecat jawatannya pada tahun 2012, apabila beliau gagal membuat sebarang tindakan terhadap seekor tikus yang dijumpai bilik baca Cameron.[17] Ketiadaan naluri Larry untuk membunuh turut menyebabkan beliau digelar "Kucing Malas" oleh sebuah portal media tabloid.[17] Pada bulan September 2012, Freya telah dilantik sebagai Ketua Pemburu Tikus di Pejabat Kabinet dalam satu perjanjian kerja kongsi.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Sebuah galeri gambar sempena keraian dua tahun perhidmatan Larry's telah dihasilkan oleh The Daily Telegraph.[18] Pengalaman dan kefahaman Larry tentang kehidupan di Nombor 10 juga menjadi subjek dalam sebuah kartun mingguan dalam The Sunday Express yang dilukis oleh kartunis Ted Harrison.[17]

Pada tahun 2012, Larry dapat dilihat dalam pandangan Google Street View di Nombor 10, kelihatan Larry sedang tidur di sebelah pintu.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Glen Oglaza "Misai Kucing" Diarkibkan 18 Februari 2011 di Wayback Machine, Sky News, 15 Februari 2011.
  2. ^ "Larry si kucing bakal bersama David Cameron di Downing Street". BBC News. 15 February 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2011. Dicapai pada 15 Februari 2011.
  3. ^ Cunliffe, Mark (24 Julai 2019). "Larry Si Kucing Downing Street: Adakah Beliau Tinggal Bersama Boris Johnson di Nombor 10?". LADBible. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-26. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  4. ^ Nissim, Mayer (23 Februari 2011). "David Cameron 'culik kucing demi Nombor 10'". Digital Spy. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2022. Dicapai pada 23 Februari 2011.
  5. ^ Lewis, Paul (23 Februari 2011). "Churnalisme atau berita? Cara PR menguasai media". The Guardian. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2014. Dicapai pada 23 Februari 2011.
  6. ^ "Sejarah: 10 Downing Street". Gov.UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2013. Dicapai pada 14 July 2016.
  7. ^ Prince, Rosa (15 Februari 2011). "Larry sang kucing dilantik sebagai Ketua Pemburu Tikus Downing Street". The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2011. Dicapai pada 13 September 2011.
  8. ^ Kennedy, Maev (7 September 2011). "Malam kuiz pengumpulan dana untuk Larry sang kucing akan diadakan di No 10". The Guardian. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2013. Dicapai pada 13 September 2011.
  9. ^ Millward, David (9 August 2016). "David Cameron patut selamatkan Larry sang kucing daripada kesunyian hidup di Downing Street". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2017. Dicapai pada 2 April 2018.
  10. ^ Stratton, Allegra (24 April 2011). "Larry sang kucing No 10 berjaya tangkap tikus ... akhirnya". The Guardian. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2017. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  11. ^ "Larry the Downing Street cat finally kills first rodent". ITV News. 28 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2021.
  12. ^ McSmith, Andy (18 Oktober 2013). "Diari Andy McSmith: Larry si kucing pun tak dapat lari daripada perbalahan di Downing Street". The Independent. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2017. Dicapai pada 15 Disember 2017.
  13. ^ "2 ketua menteri UK memburu tikus semasa mesyuarat belanjawan". dna. 5 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2016. Dicapai pada 15 Mac 2016.
  14. ^ "Kucing Downing Street, Larry diperlukan untuk menangani masalah tikus di Parlimen, kata David Blunkett". politicshome.com. 24 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2016. Dicapai pada 29 Jun 2016.
  15. ^ Prince, Rosa (28 Februari 2011). "Downing Street mempertahankan Larry si kucing daripada dakwaan semberono". The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2011. Dicapai pada 28 Februari 2011.
  16. ^ a b "Larry Si Kucing Downing Street kantoi tidur". BBC News. 15 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2018. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  17. ^ a b c "Sisi lembut kerajaan: Cara Larry si kucing menjadi rakan ahli politik yang sem‑purr‑na di Downing Street | CBC News". CBC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2017. Dicapai pada 20 November 2018.
  18. ^ "Dalam gambar: Kucing David Cameron – Larry, Ketua Pemburu Tikus di Downing Street". The Daily Telegraph. London. 3 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2020. Dicapai pada 3 November 2012.
  19. ^ Whittaker, Zack (30 Julai 2012). "Google Street View pays visit to U.K. prime minister". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2014. Dicapai pada 26 Ogos 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran Kehormat
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Sybil
Ketua​ Pemburu Tikus di Pejabat Kabinet
15 Februari 2011 – kini
Penyandang terkini