Westminster Abbey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana Westminster, Westminster Abbey dan Gereja Saint Margaret's1
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Muka barat Abbey
Negara Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara
Jenis Kebudayaan
Kriteria I, II, IV
Pengenalan #426
Kawasan 2 Eropah dan Amerika Utara
Sejarah Inskripsi
Inskripsi
rasmi:
1987
Sesi Jawatankuasa Warisan Dunia ke-11
Pautan Warisan Dunia: http://whc.unesco.org/en/list/426
  1. Nama sebagaimana ditulis secara rasmi dalam Senarai Warisan Dunia
  2. Sebagaimana dikelaskan secara rasmi oleh UNESCO

Gereja Berkolej St Peter di Westminster (Bahasa Inggeris: Collegiate Church of St Peter at Westminster), hampir selalu dirujukkan secara masyhur dan tidak rasmi sebagai Gereja Westminster (Westminster Abbey), ialah sebuah gereja Gothik utama besar, di Westminster, London, di barat Istana Westminster. Ia merupakan tempat tradisional kemahkotaan dan tapak pengebumian untuk raja Inggeris, kemudiannya British dan kemudian lagi (dan masih) Alam Komanwel. Ia pernah sebentar memegang status katedral dari 1546–1556, dan merupakan sebuah Royal Peculiar.

Westminster Abbey ditadbir oleh Dekan dan Chapter Westminster, seperti yang ditubuhkan oleh Piagam Diraja Ratu Elizabeth I pada 1560, yang menciptanya sebagai Gereja Berkolej St Peter Westminster dan sebuah Royal Peculiar di bawah bidang kuasa peribadi Raja. Ahli-ahli Chapter adalah Dekan dan empat Qanun pemastautin, dibantu oleh Receiver General dan Chapter Clerk. Salah seorang Qanun juga adalah Rektor St Margaret’s Church Westminster Abbey (yang kini juga memegang jawatan Paderi bagi Pengerusi Dewan Rakyat). Selain daripada Dekan dan Qanun pada masa kini ada dua qanun muda sepenuh waktu, seorang presentor dan yang lagi satu succentor. Pejabat Vikar Paderi telah dicipta pada 1970-an untuk membantu qanun muda. Bersama dengan Padri and Receiver General dan Chapter Clerk pelbagai Lay Officer membentuk Kolej, termasuk Pemain Organ dan Ketua Penyanyi Koir Gereja, Pendaftar, Juruaudit, Setiausaha Guaman, Juruukur Fabrik, Guru Besar Sekolah Koir, Penyimpan Muniment dan Setiausaha Kerja, serta 12 Lay Vicar dan 10 penyanyi koir dan High Steward dan High Bailiff. Ada juga empat puluh Cendekiawan Ratu yang merupakan murid di Westminster School (sekolah ini memiliki Badan Pentadbirannya sendiri). Mereka yang paling terlibat dengan hal liturgi dan istiadat adalah dua Qanun Muda dan Pemain Organ dan Ketua Penyanyi Koir Gereja.

Isi kandungan

[sunting] Gallery

[sunting] See also

[sunting] Nota

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Templat:Anglican Portal Templat:Benedictine houses of England and Wales

Templat:World Heritage Sites in the United Kingdom

Koordinat: 51°29′58″U 0°07′39″B / 51.49944°U 0.1275°B / 51.49944; -0.1275

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain