Lata Sawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lata Sawa atau juga dikenali dengan nama Lata Chakah merupakan satu tempah riadah yang terletak di Setiu, Terengganu. Ia merupakan destinasi perkelahan bagi para pengunjung tempatan dan memiliki persekeliling yang memang cantik dan indah dan belum tercemar oleh kemajuan. Bagi warga tempatan ia sememangnya sudah dikenali dengan airnya yang jernih dan deruan yang mengasyikkan, tetapi bagi mereka yang diluar daerah Setiu, ia memang belum dikenali.

Kawasan Lata Sawa ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas oleh pihak berkuasa tempatan dan sentiasa dijaga dengan baik. Ia menjadi destinasi perkelahan hujung minggu untuk penduduk tempatan dan berpotensi untuk dimajukan sama seperti destinasi popular yang lain seperti Lata Tembakah, Sekayu, mahupun Lata Belantan.

Lokasi Lata Sawa mudah dilalui dengan prasarana yang baik. Ia dilengkapi dengan jalan bertar hingga ke tebing. Ia terletak di jalan menuju ke Hulu Seladang dari Bandar Permaisuri, selepas jambatan belok kiri. Dan jika anda dari Jerteh, belok kanan menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh dan jaraknya kira-kira 13 km dari simpang di Bandar Permaisuri. Lata Sawa memiliki air yang jernih dengan landskap berbatu semulajadi memang ia memukau sesiapa sahaja yang hadir di sini.

Lata Sawa dikelilingi dengan kebun buah, dan jika para pengunjung yang melalui jalan ini pada musim buah-buahan iaitu pada Julai hingga September setiap tahun, kelihatan banyak sekali buah durian di sepanjang jalan ini kerana ia adalah kawasan yang kaya dan banyak dengan dusun buah-buahan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]