Setiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Setiu
Pembahagian mukim di daerah Setiu
Geografi
Daerah Setiu
Ibu daerah Bandar Permaisuri
Negara  Malaysia
Negeri  Terengganu
Populasi 55,517 (2010)
Keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²)

Setiu merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu. Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 55,517 orang (2010). Bandar Permaisuri menjadi ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian tengah daerah ini.

Bandar Permaisuri yang menjadi nadi utama daerah Setiu sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti setempat

Menurut rekod Arkib Negara menunjukkan sempadan Daerah Negeri Terengganu telah berubah beberapa kali sejak lebih 50 tahun yang lalu. Dalam tahun 1921 Negeri Terengganu telah dibahagikan kepada lapan (8) daerah iaitu Kemasik, Paka, Kerteh, Dungun, Marang, Kuala Berang, Setiu dan Besut. Pada tahun 1923 Daerah Negeri ini berubah sekali lagi tetapi masih kekal dengan lapan (8) Daerah dimana Daerah Kemaman telah diwujudkan dan Daerah Setiu dihapuskan. Namun begitu dalam tahun 1935 Daerah Negeri ini dibahagikan semula dan dijadikan sepuluh (10) Daerah yang dikenali Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Merang, Setiu dan Besut. Dalam tahun yang sama satu persidangan mengenai sempadan negeri telah dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Terengganu dan persidangan tersebut dikenali sebagai 'Christmas Conference' yang mana tujuanya untuk menyusun semula sempadan daerah. Hasil daripada persidangan tersebut keputusan telah dibuat seperti berikut:-

Daerah Kemaman dan Kemasik telah dicantumkan menjadi Daerah Kemaman.

Daerah Dungun dan Paka telah dicantumkan menjadi Daerah Dungun.

Daerah Merang, Batu Rakit dan Kuala Terengganu telah dicantumkan menjadi Daerah Kuala Terengganu.

Daerah Besut dan Setiu telah dicantumkan menjadi Daerah Besut.

Perubahan sempadan ini dibuat ialah kerana ketidakcekapan pentadbiran serta keluasan yang tidak ekonomik serta tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

Dalam tahun 1980 Kerajaan Negeri telah meminta Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) supaya membuat kajian kemungkinan kekesanan sempadan Daerah Negeri Terengganu. Hasil kajian tersebut Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Daerah Setiu pada 1hb. Januari, 1985 dimana sebahagian daripada mukim-mukim dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut dimasukkan ke Daerah Setiu,Dan penduduk Setiu mengunakan Bahasa Melayu Loghat Terengganu tidak seperti penduduk Besut yang mengunakan Bahasa Melayu Loghat Kelantan,Dan hanya sebahagian kecil sahaja penduduk Besut yang mengunakan Bahasa Melayu Loghat Terengganu sama seperti penduduk Setiu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881).

Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.

Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanyan sebagai Ketua di kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduknya yang belajar daripadanya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok getah dan semak samun. Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupanya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkannya.Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hingga sekarang menjadi sebuah Daerah.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk Setiu mengikut statistik Banci Penduduk Malaysia tahun 2010 adalah seramai 55,517 orang. Daripada jumlah itu kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar iaitu seramai 54,214 orang , diikuti Cina 125 orang, Bumiputera Lain 31 orang, India 12 orang dan Lain-lain 23 orang. Daripada keseluruhan penduduk daerah Setiu juga, 54,405 orang adalah Warganegara Malaysia manakala selebihnya 1,112 orang adalah Bukan Warganegara Malaysia. Pecahan penduduk mengikut jantina pula, 28,133 orang adalah lelaki manakala 27,384 orang adalah perempuan.

Mukim di Setiu[sunting | sunting sumber]

1)- Chalok
2)- Guntung
3)- Hulu Nerus
4)- Hulu Setiu
5)- Merang
6)- Pantai, Setiu
7)- Tasik, Setiu

Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985. Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).[1]

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Kampung Budaya Terrapuri di Setiu yang menonjolkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu Terengganu yang unik dan kaya dengan seni ukiran kayu.

Daerah Setiu mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang menjadi aset untuk menarik kedatangan pelancong ke sini. Di sebelah timur daerah ini adalah persisiran pantai terbentang luas dengan Laut China Selatan yang membiru serta ditambah pula dengan beberapa gugusan pulau tropika yang kaya dengan variasi pelbagai spesis hidupan marin yang pastinya menjadi syurga kepada peminat selam skuba, khazanah laut ini dipulihara rapi dengan sesetengah kawasan terumbu karang diwartakan sebagai taman laut termasuk membina beberapa tukun tiruan untuk mengalakkan pembiakan populasi hidupan marin. Dataran hutan pantai dengan tanah beris putih yang terdapat di hampir separuh keluasan daerah ini juga bukan sahaja sesuai untuk pertanian malah turut menjadi tarikan kepada peminat sukan Ekuistrian atau berkuda dari dalam dan luar negara untuk menerokai trek bentuk muka bumi disini pula. Setiap tahun pelbagai kejohanan kuda lasak diadakan disini seperti Sultan Mizan Cup dan kejohanan peringkat dunia World Endurance Championship. Geografi di sebelah barat daerah ini adalah lebih berbukit bukau yang mengunjur kearah Tanah Tinggi Terengganu yang menjadi hulu sungai kepada beberapa batang sungai utama seperti Sungai Setiu, Sungai Nerus, Sungai Chalok, Sungai Bari, dan Sungai Merang dimana terdapatnya beberapa jeram, lata dan air terjun yang indah di tengah hutan belantara yang masih belum terusik oleh pencemaran, tempat seperti ini sesuai untuk sukan reakreasi air seperti kayak atau sekadar berkunjung untuk beriadah. Diantara destinasi kunjungan popular di Setiu adalah :-

  1. Pulau Redang
  2. Pulau Bidong
  3. Pulau Gemia
  4. Pulau Lang Tengah
  5. Terengganu International Equestrian Park(TIEP)
  6. Lata Payung
  7. Lata Changkah
  8. Pantai Rhu Sepuluh
  9. Gunung Tebu
  10. Laguna Setiu, Setiu Wetland
  11. Kampung Budaya Terrapuri

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

P 034 Setiu[sunting | sunting sumber]

Parlimen Setiu merupakan sebuah Kerusi Parlimen yang terletak di dalam Negeri Terengganu,Malaysia,Dan Ahli Parlimen Setiu kini iaitu YB Mohd Zulkifli Jusoh dari BN.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]