Lembaga Air Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Lembaga Air Kuching telah ditubuhkan pada 1 Januari 1959, dengan kuasa Akta Lembaga Air Kuching 1959, Notification No. S. 12 of 1959, di bawah Seksyen 2 dan 3, Ordinan Bekalan Air untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching daripada Jabatan Bekalan Air Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air (Sarawak Cap. 141) yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada Januari 2001, Lembaga Air tersebut telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching 2001.

Lembaga Air Kuching bertanggungjawab dalam pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan semua kerja pengepaman air dalam kawasan bekalannya dan polisi Lembaga Air Kuching adalah untuk mengembangkan pusat dan membangunkan kemudahan-kemudahan lain supaya dapat memberi bekalan air berkualiti yang mencukupi dalam kawasan bekalannya. Penyesuaian sistem bekalan air adalah berdasarkan segala aspek kemodenan dan pembangunannya dirangka untuk memenuhi permintaan perkembangan pembangunan yang dirancang.

Sejak permulaan operasinya pada tahun 1959, Lembaga Air Kuching telah beroperasi sebagai organisasi kerajaan yang bebas. Organisasi ini mempunyai pejabatnya sendiri, tempat rawatan dan tugas-tugas pembekalan air yang lain, bengkel, stor dan kemudahan pengangkutannya yans sendiri.

Lembaga Air Kuching tidak berorientasikan keuntungan tetapi merupakan organisasi perkhidmatan awam yang tujuan tunggalnya hanya untuk membekalkan air yang bersih dan boleh dipercayai kepada pengguna bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]