Leukemia mielogenus kronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Leukemia mielogenus kronik (CML) ialah sejenis leukemia kronik yang dicirikan oleh peningkatan penghasilan klon sel-sel mieloid khususnya yang tidak terkawal di dalam sumsum tulang. CML ialah sejenis penyakit mieloproliferatif yang dipanggil kromosom Philadelphia. Secara sejarah, penyakit ini dirawat melalui kemoterapi, interferon dan pentransplanan sumsum tulang, walaupun terapi sasaran yang diperkenalkan pada awal abad ke-21 telah mengubahkan pengurusan CML secara radikal.

Cara mendiagnosis[sunting | sunting sumber]

  • Pemeriksaan sumsum tulang
  • Pengiraan darah
  • Pemeriksaan fizikal
  • Sejarah perubatan individu yang disyaki
  • Analisis sitogenetik
  • Tindak balas berantai polimerase (PCR)

Untuk mendiagnosis penyakit ini, pada kebanyakan kes, darah serta sumsum tulang harus diperiksa terlebih dahulu. Pengiraan sel darah putih akan menunjukkan satu peningkatan yang mendadak. Pemeriksan sel darah putih dibawah mikroskop cahaya menunjukkan satu corak yang tertentu pada sel darah putih tersebut; sebahagian kecil daripada sel darah yang tidak matang dan sebahagian besar sel darah putih yang matang dan tengah matang.

Sebagai tambahan, sampel sumsum tulang diperiksa untuk mengesahkan serta memastikan sama ada terdapat penemuan sebarang keabnormalan pada kromosom. Pemeriksaan ini dikenali sebagai "analisis sitogenetik". Dalam kes ini, kewujudan kromosom yang dinamakan "kromoson Philadelphia" di dalam sumsum tulang (iaitu satu kromosom yang memaparkan ciri yang pendek pada kromosom nombor 22), pengiraan sel darah putih yang tinggi dan ciri darah serta sumsum tulang yang lain, dapat mengesahkan bahawa seseorang itu disah menghidapi leukemia kronik mielogenus.

Analisis sitogenetik[sunting | sunting sumber]

Analisis sitogenetik merupakan satu proses yang melibatkan analisis bilangan serta rupa bentuk kromosom sel yang diperiksa melalui tisu badan. Keabnormalan kromosom yang memaparkan ciri-ciri CML boleh di kesan melalui penggunaan teknik yang lain. Penghibridan in situ pendarfluor (FISH) merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti nukleus yang mengandungi kromosom yang bernisbah 9:22 pada ciri penukar gantian kromosom CML tersebut.

Tindak balas berantai polimerase (PCR)[sunting | sunting sumber]

PCR merupakan satu teknik pemeriksaan sel darah yang amat sensitif. Dengan penggunaan teknik ini, sejumlah sama ada RNA atau DNA dapat ditingkatkan. Ini akan memudahkan pengesanan kromosom dengan jelas dan baik perubahan DNA ini. Disebabkan oleh pemisahan kromosom di dalam CML, pemecahan ini dapat di kesan oleh teknik yang sensitif ini. PCR lebih sensitif kalau dibandingkan dengan penggunaan teknik FISH.