Library Genesis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Library Genesis atau LibGen merupakan enjin carian untuk artikel dan buku dalam pelbagai subjek, [1] yang membenarkan akses percuma ke atas kandungan yang dikenakan bayaran atau yang tidak didigitalkan lagi.[2] LibGen turut menyimpan kandungan PDF dari pangkalan data Elsevier, ScienceDirect.[3]

Pada tahun 2015, LibGen terbabit dengan kes legal antara LibGen dengan Elsevier yang menuduh LibGen melanggar hak cipta dengan memberi akses artikel dan buku.[3] LibGen dilaporkan telah mendaftar di Rusia dan Belanda, menjadikannya tidak jelas mengenai undang-undang terpakai,[3][4]LibGen telah disekat oleh beberapa pembekal khidmat Internet di United Kingdom,[5] namun sekatan berasaskan DNS didakwa tidak mampu mengurangkan akses kepada LibGen.[3] Pada penghujung Oktober 2015, mahkamah daerah New York memerintahkan LibGen menamatkan operasinya dan menghapuskan domain libgen.org,[6] namun, ia masih boleh diakses menggunakan domain yang lain.[7][8]

Sehingga Julai 2016, pangkalan data ini mengandungi lebih 52 juta artikel dari kira-kira 50,000 penerbitan.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ On the LibGen homepage hover over topics. (http://libgen.io/#)
  2. ^ Cabanac, Guillaume (April 2015). "Bibliogifts in LibGen? A study of a text-sharing platform driven by biblioleaks and crowdsourcing" (PDF). Journal of the Association for Information Science and Technology. 67: 874–884. doi:10.1002/asi.23445. Dicapai pada 28 November 2015.
  3. ^ a b c d Glance, David. "Elsevier acts against research article pirate sites and claims irreparable harm". Dicapai pada 2015-10-05.
  4. ^ Mance, Henry; Correspondent, Media (2015-05-26). "Publishers win landmark case against ebook pirates". Financial Times. ISSN 0307-1766. Dicapai pada 2015-10-05.
  5. ^ "UK ISPs must block ebook pirate sites (Wired UK)". Dicapai pada 2015-10-05.
  6. ^ Court Orders Shutdown of Libgen, Bookfi and Sci-Hub November 2, 2015. Retrieved November 5, 2015.
  7. ^ "Pirate research-paper sites play hide-and-seek with publishers". Nature News & Comment. Dicapai pada 2015-12-06.
  8. ^ "Sci-hub, bookfi and libgen resurface after being shut down". TorrentFreak. 21 November 2015. Dicapai pada 7 January 2016.
  9. ^ journalid 50000

Pautan luar[sunting | sunting sumber]