Lif dua tingkat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lif dua tingkat di Midland Square, Nagoya, Jepun
Lif dua tingkat di Bangunan C.D. Howe di Ottawa, Ontario, Kanada

Lif dua tingkat merupakan sejenis lif yang direka dengan dua gerabak yang disambungkan satu di atas yang satu lagi. Ini membolehkan penumpang di dua tingkat berturut-turut untuk menggunakan sebuah lif serentak, sekaligus meningkatkan lagi muatan penumpang syaf lif. Lif sebegini nyata cekap dalam bangunan yang mana jumlah penumpang terlalu ramai sehingga lif tunggal terpaksa berhenti di setiap tingkat. Misalnya, penumpang boleh menaiki satu lif (yang pergi ke tingkat bernombor ganjil sahaja) di tingkat 3, manakala seorang lagi menaiki sebuah lagi (yang pergi ke tingkat bernombor genap sahaja) di tingkat 4. Lif tingkat genap tersebut sebenarnya terletak di atas lif tingkat ganjil.