Lilin Adven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lilin Adven

Lilin Adven ialah sebuah lilin yang menandai hari-hari bulan Disember menjelang Malam Krismas. Lilin tersebut biasanya dipakai di rumah ketimbang gereja. Setiap hari pada bulan Disember, lilin tersebut dinyalakan untuk menandai hari itu dan menunjukkan hari-hari menjelang Krismas.[1]

Lilin Adven secara tradisinya berwarna putih, walaupun warna bertema Krismas yang lain telah menjadi popular. Kebiasaan memiliki lilin Adven nampaknya telah bermula di Jerman, di mana kanak-kanak secara tradisinya memasukkan lilin kecil ke dalam oren yang dihias. Lilin ini dipanggil Christingle.[2] Ia kini meluas di beberapa negara Eropah lain seperti United Kingdom

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ "Christian celebration of Advent". BBC. 16 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2011. Dicapai pada 27 December 2010.
  2. ^ Henderson, Helene, ed. "Advent." Holidays, Symbols and Customs. Vol. 4. Detroit: Omnigraphics, 2009.