Hari sebelum Krismas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Julaftonen ("Petang sebelum Krismas"), lukisan cat air oleh Carl Larsson, 1904–05

Hari sebelum Krismas ialah petang atau seluruh hari sebelum perayaan Hari Krismas, satu perayaan yang disambut secara meluas di seluruh dunia. Hari ini berlaku pada 24 Disember dalam kalendar Kristian Barat,[1] Hari sebelum Krismas disambut secara meluas dan menjadi hari cuti awam di banyak negara dan juga disambut oleh mereka yang bukan penganut Kristian, sebagai sebahagan daripada musim percutian Krismas.[2][3][4][5][6][7]

Satu sebab perayaan Krismas bermula sehari (mengikut kalendar) sebelumnya ialah, hari liturgi Kristian bermula pada waktu terjunamnya matahari,[8] warisan tradisi agama Yahudi.[9] Amalan ini berlandaskan kisah Penciptaan dalam Kitab Genesis: "Dan ada petang, dan ada pagi – hari pertama."[10] Struktur hari liturgi diikuti untuk semua hari perayaan sepanjang tahun dalam ritual Timur[11] dan dikekalkan untuk Krismas (juga untuk hari Ahad dan perayaan-perayaan besar lain) di Barat, di mana hari liturgi biasanya bermula pada tangah malam.[12] Banyak gereja masih membunyikan loceng dan mengadakan majlis sembahyang pada waktu petang sebelum hari percutian; misalnya, gereja Lutheran Nordic.[13] Dalam beberapa bahasa, seperti bahasa-bahasa Scandinavia, Petang Hari sebelum Krismas dirujuk sebagai "Petang Krismas" (Christmas Evening) [nota 1]

Oleh sebab tradisi Kristian berpegang bahawa Jesus dilahirkan pada waktu malam (berlandaskan Luke 2:6-8), Mass Tengah Malam (Midnight Mass) dilakukan pada petang Hari sebelum Krismas, secara tradisinya tepat pada waktu tengah malam, bagi meraikan kelahiran Jesus.[14] Idea yang Jesus dilahirkan pada waktu malam digambarkan dalam fakta yang waktu Petang sebelum Krismas dirujuk sebagai "Heilige Nacht" ("Malam Suci") dalam Bahasa Jerman, "Nochebuena" ("Malam Baik") dalam Sepanyol dan sama juga kesnya dengan ungkapan-ungkapan kerohanian Kristian yang lain seperti lagu Silent Night, Holy Night ("Malam Senyap, Malam Suci").

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Terdapat perbezaan takrif evening ("petang") dalam Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Eropah. Dalam bahasa-bahasa Eropah evening merujuk kepada waktu petang sebelum hari berikutnya. Dalam Bahasa Melayu, petang merujuk kepada waktu petang pada hari yang dimaksudkan. Takrif night ("malam") pula terbalik; misalnya, Friday night (harfiah, Malam Jumaat) merujuk kepada malam pada hari Jumaat dalam bahasa-bahasa Eropah, sementara "Malam Jumaat" merujuk kepada malam sebelum hari Jumaat dalam Bahasa Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mary Pat Fisher (1997). Living Religions: an encyclopedia of the world's faiths. I.B.Tauris. Diperolehi pada 2010-12-29. "Christmas is the celebration of Jesus' birth on earth." 
  2. Canadian Heritage – Public holidaysGovernment of Canada. Retrieved 2009-11-27.
  3. 2009 Federal HolidaysU.S. Office of Personnel Management. Retrieved 2009-11-27.
  4. Bank holidays and British Summer timeHM Government. Retrieved 2009-11-27.
  5. Christmas as a Multi-faith Festival—BBC News. Retrieved November 24, 2011.
  6. Why I celebrate Christmas, by the world's most famous atheistDailyMail. December 23, 2008. Retrieved 2010-12-20.
  7. Non-Christians focus on secular side of ChristmasSioux City Journal. Retrieved 2009-11-18.
  8. "Christian Calendar". Jerusalem Center for Jewish-Christian Relations. Diperolehi pada 2010-12-29. 
  9. Kessler, Edward; Neil Wenborn (2005). A dictionary of Jewish-Christian relations. Cambridge, Cambridgeshire, United Kingdom: Cambridge university Press. p. 274. 
  10. Bible - NIV. 2005. 
  11. "The Daily Cycle of Services". Metropolitan Cantor Institute. Diperolehi pada 2010-12-29. 
  12. "Catholic Liturgy". The Vatican. Diperolehi pada 2010-12-29. 
  13. "Helgmålsringning". Natinalencyclopedin. Diperolehi pada 2010-12-29. 
  14. "Vatican Today". Diperolehi pada 2010-12-29.