Lori hantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lori hantu.

Lori hantu merujuk kepada lori yang tidak mempunyai cukai jalan yang sah, dan hanya boleh digunakan di tapak pembinaan. Lori biasa yang telah mati cukai jalannya tidak dipanggil sebagai lori hantu. Lori hantu ini tidak dibenarkan menggunakan jalan raya sama sekali.

Pada kebiasaannya, lori hantu ini tidak begitu sempurna bentuknya, kerana ia hanya untuk kegunaan di tapak pembinaan, dan tidak memerlukan peralatan yang lengkap. Sebagai contoh, ia mungkin tidak memiliki pintu dan/atau cermin hadapan. Lori hantu juga pada asalnya adalah dari lori yang digunakan pada zaman pemerintahan Jepun,ianya merupakan sebuah lori yang amat kuat untuk mengangkut atau menarik barang seperti kayu balak dan sebagainya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]