Lori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lori besar yang digunakan di Amerika Syarikat.

Lori (juga dipanggil trak) adalah kenderaan berat komersial yang digunakan untuk mengangkut barangan dengan kuantiti yang besar melalui jalan raya.

Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris British, lorry; manakala perkataan trak dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat, manakala istilah trak adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.

Di Malaysia, pemandu lori diwajibkan memiliki lesen memandu kelas E serta GDL iaitu Lesen Vokasional dengan satu catatan bersendi sekiranya hendak memandu lori treler. Untuk memohon lesen kelas E, calon pemandu hendaklah berumur 21 tahun ke atas serta sudah memiliki lesen memandu kelas D (kereta) selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lori stim[sunting | sunting sumber]

Lori dan kereta berkongsi sejarah awal yang sama; kedua-duanya mengalami proses evolusi daripada kenderaan berenjin stim pertama ciptaan Nicolas Cugnot pada tahun 1769. Namun begitu, lori stim hanya mula dijual secara komersial pada pertengahan abad ke-19. Lori stim dijual di Perancis dan Amerika Syarikat sehinggalah Perang Dunia Pertama manakala di United Kingdom pula sehingga Perang Dunia Kedua.

Enjin pembakaran dalaman[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1895, Karl Benz mencipta lori pertama yang menggunakan enjin pembakaran dalaman. Pada penghujung tahun berkenaan juga, lori ciptaan Benz telah diubahsuai menjadi model bas terawal oleh Netphener, syarikat bas terawal. 3 tahun kemudian, Gottlieb Daimler turut membina model lorinya sendiri, diikuti dengan Peugeot dan Renault. Lori-lori pada masa itu menggunakan enjin petrol 2 silinder dengan kapasiti muatan antara 1,500 kg ~ 2,000 kg.

Selepas Perang Dunia Pertama, lori terus menerima pembaharuan hasil perkembangan teknologi automotif. Antaranya termasuklah penghidup elektrik, brek angin, tayar pneumatik dan sistem lampu elektrik. Lori-lori pada zaman tersebut mula menggunakan enjin berbilang silinder, daripada 4 silinder sehinggalah 8 silinder untuk lebih kuasa.

Enjin diesel[sunting | sunting sumber]

Walaupun enjin diesel telah dicipta pada tahun 1890, lori-lori diesel hanya mula dijual secara komersial pada tahun-tahun 1920-an. Di Amerika Syarikat pula, penerimaan terhadap lori-lori berenjin diesel lebih lambat; lori-lori berenjin diesel masih lagi digunakan pada tahun 1970-an sedangkan semua lori di Eropah telah digantikan dengan model-model berenjin diesel.

Hari ini, majoriti lori-lori yang terdapat di dunia menggunakan enjin diesel, dengan model-model yang lebih terkini diterapkan dengan enjin-enjin diesel yang lebih berkuasa, mesra alam dan mempunyai daya pecutan yang lebih baik. Enjin diesel menjadi pilihan utama para pengeluar lori kerana mampu menghasilkan kilasan yang lebih kuat serta lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.

Anatomi lori[sunting | sunting sumber]

Lori Scania R470

Secara umumnya, sesebuah lori mempunyai beberapa bahagian utama seperti berikut:-

  1. Kabin - memuatkan enjin serta ruang untuk pemandu dan kelindan. Rekabentuk kabin boleh jadi rekabentuk konvensional (ruang pemandu di belakang enjin) ataupun cab over engine (COE) atau kabin di atas enjin (ruang pemandu di atas enjin). Rekabentuk kabin COE adalam rekabentuk paling lazim bagi kebanyakan model lori berat baru di Malaysia. Untuk model-model terkini, kabin biasanya dilengkapi dengan tempat tidur yang selesa terletak di bahagian belakang pemandu.
  2. Enjin - Hampir kesemua lori berat menggunakan enjin diesel, manakala lori-lori ringan seperti pikap ada kalanya menggunakan enjin petrol. Lori-lori terkini menggunakan enjin diesel yang melepasi piawaian emisi sekurang-kurangnya Euro II bagi melayakkannya memperoleh potongan diskaun 50% cukai jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Juga terdapat lori terkini yang menggunakan CNG (gas asli termampat)
  3. Transmisi - Kebanyakan lori menggunakan transmisi manual, tetapi terdapat beberapa model lori yang menggunakan transmisi automatik contohnya Volvo dengan sistem i-Shift dan Scania dengan Opticruise. Lori-lori biasanya menggunakan sistem transmisi antara 5 (bagi lori ringan) hingga 16 kelajuan (bagi lori berat). Bagi transmisi melebihi 7 kelajuan, kebiasaannya satu sistem pembahagian atas-bawah (hi-lo) digunakan bagi memudahkan penukaran transmisi.
  4. Kerangka - Kerangka lori biasanya menggunakan 2 batang keluli utama, diikuti dengan beberapa batang sokongan. Seterusnya, bahagian-bahagian lori yang lain seperti enjin, transmisi, kabin dan badan dipasang pada kerangka tersebut. Penggunaan kerangka keluli juga menjadikan struktur sesebuah lori lebih kukuh dan tegar berbanding kereta.

Jenis-jenis lori[sunting | sunting sumber]

Hicom Perkasa, lori sederhana buatan Malaysia.

Lori ringan[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3,500 kg (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar). Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E tetapi masih perlu menduduki satu Kursus bagi mendapatkan GDL Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan serta industri kecil. Kenderaan yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti:-

Lori sederhana[sunting | sunting sumber]

Lori sederhana pula mempunyai BTM antara 3,500 kg sehingga 7,500 kg (6 sehingga 12 roda dengan 2 ke 4 gandar). Pemandu lori sederhana mestilah memiliki lesen memandu kelas E2 (sehingga BTM 5,000 kg) atau E1 (sehingga BTM 7,500 kg.) Kebanyakan lori penghantaran tempatan serta perkhidmatan awam (seperti lori sampah dan kereta bomba) terdiri daripada lori sederhana.

Lori berat[sunting | sunting sumber]

Lori berat adalah kenderaat terberat yang dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. Bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7,500 kg, berat maksimum kenderaan juga ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengurangkan kesan kerosakan jalan akibat mendapan (kerana berat lori) dan kehausan (akibat pusingan roda lori). Di kebanyakan negara yang mempunyai mutu jalan raya yang baik, berat dengan muatan (BDM) maksimum yang dibenarkan bagi sebuah lori 6 gandar ialah 50,000 kg. Lori yang termasuk di dalam kategori ini termasuklah lori treler, lori tangki dan lori kontena. Terdapat juga lori khusus untuk mengangkut muatan yang terlalu berat (melebihi 100,000 kg) yang dipanggil slow mover

Luar jalan raya[sunting | sunting sumber]

Sesetengah lori yang boleh dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya boleh dipasang dengan ciri-ciri off-road bagi kegunaan di jalan tanah merah. Lori sedemikian yang juga digelar lori hantu di Malaysia sering digunakan dalam sektor perlombongan, pembalakan dan pembinaan.