Love's Unending Legacy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Love's Unending Legacy
FormatDrama TV, Keagamaan
PengarahMichael Landon Jr.
Dibintangi oleh
Erin Cottrell
Holliston Coleman
Tanner Richie
Dale Midkiff
Negara asal Amerika Syarikat
Penerbitan
Tempoh siaran84 min.
Penyiaran
Saluran asalHallmark Channel
Laman sesawang

Love's Unending Legacy (2007) merupakan drama keagaamaan yang diadaptasi dari siri buku oleh Janette Oke. Ia ditayangkan di Hallmark Channel pada 7 April 2007. Ia diarahkan oleh Mark Griffiths dan dibintangi oleh Erin Cottrell. Ia adalah siri kelima termasuk Love Comes Softly (2003), Love's Enduring Promise (2004), Love's Long Journey (2005), Love's Abiding Joy (2006), Love's Unfolding Dream (2007), and Love Takes Wing (2009).

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Missie (Erin Cottrell) meninggalkan Tettsford Junction setelah kematian suaminya yang ditembak semasa meleraikan pergaduhan di sebuah bar dan kembali ke kampung halamannya. Missie dan anaknya, Maddy (Brett Coker) tinggal berdua sehinggalah secara tidak dirancang, Missie mengambil seorang anak yatim untuk dibela. Belinda (Holliston Coleman) terpaksa merahsiakan hubungannya dengan adiknya, Jacob (Braeden Lemasters) supaya mereka dapat mencari insan yang boleh menjaga mereka secara berasingan. Jacob tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja di ladang dan mengambil Jacob untuk menjadi buruh mereka sahaja. Belinda sentiasa mencuri makanan dan keluar malam secara sembunyi sehinggalah diketahui oleh Missie. Pada suatu malam, Missie mengekori Belinda dan mendapati bahawa Belinda memberi makanan itu kepada adiknya. Apabila ditanya, Belinda memberitahu bahawa Jacob tidak diberi makan dan sering dipukul oleh pasangan Pettis. Missie berjanji kepada Belinda untuk membawa Jacob pulang dan menjadi sebahagian keluarga mereka. Dalam masa sama, Missie berperang dengan perasaannya. Beliau mencintai Sherif Zach Tyler (Victor Browne) tetapi hidup dalam dilema kerana takut dianggap curang terhadap suaminya yang telah meninggal dunia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Peranan
Erin Cottrell Missie LaHaye
Holliston Coleman Belinda Marshall-LaHaye
Victor Browne Sherrif Zack Tyler
Hank Stratton Pastor Joe
Braeden Lemasters Jacob Marshall-LaHaye
Dave Florek Hank Pettis
Stephanie Nash Mrs. Pettis
Bret Loehr Calvin
Tanner Richie Simon Stevens
Ned Schmidtke Hendricks
Dale Waddington Horowitz Mrs. Behringer
Brett Coker Maddy LaHaye
Ken Magee Mr. Anderson
Samantha Smith Marty Davis
Dale Midkiff Clark Davis

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]