Air Terjun Lubuk Yu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lubuk Yu)

Air terjun Lubuk Yu terletak di Maran, Pahang, Malaysia. Ia berdekatan dengan tanah rancangan FELDA Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam dan Hutan Lipur Teladas. Loji Air Hulu Jempol terletak di kaki Gunung Berantai.[1] Ia terletak 30 km dari bandar Maran dan 100 km dari bandar Kuantan. Terletak di Kompartmen 56 & 57 Hutan Simpan Berkelah.

Nama air terjun ini sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Pengunjung boleh datang dari Jalan Maran-Jerantut atau Jalan Bandar Jengka-FELDA Ulu Jempol untuk ke Lubuk Yu.

Tragedi Lubuk Yu[sunting | sunting sumber]

Nama Lubuk Yu terkenal setelah kejadian 7 orang mati secara misteri selepas mereka terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang lemas di kawasan rekreasi itu pada 26 hingga 30 Jun 2010. Ini kemungkinan disebabkan ancaman kencing tikus yang meragut nyawa mereka.

Selepas tragedi ini muncul cerita tahyul, hantu penunggu berambut panjang yang terganggu dengan kehadiran mereka.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Taman Eko Rimba Lubuk Yu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.
  2. ^ Lubuk Yu: Antara tahyul dan kekotoran[pautan mati kekal] Utusan Malaysia