Tenaga Nasional Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
تناݢ ناسيونل برحد
Jenis Awam
Industri Tenaga elektrik
Ditubuhkan Kuala Lumpur, Malaysia (1 February 1990)
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat dibekalkan Semenanjung Malaysia, Sabah, Pakistan
Perancang utama

Tan Sri Leo Moggie (Chairman)

Datuk Seri Ir. Azman Mohd (President and CEO)
Dato' Roslan Ab Rahman (CCO)
Produk Penjanaan elektrik, Transmisi elektrik dan agihan elektik
Hasil RM37.13 billion (2013)[1]
Pendapatan operasi RM5.89 billion (2013)[1]
Pendapatan bersih RM4.61 billion (2013)[1]
Jumlah aset RM99.03 billion (2013)[1]
Pekerja 34,900 (2013)[1]
Laman web www.tnb.com.my
Ibu pejabat Tenaga Nasional

Tenaga Nasional Berhad adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga mengendali universiti swasta iaitu Universiti Tenaga Nasional.

Keupayaan penjanaan[sunting | sunting sumber]

TNB mempunyai keupayaan jana elektrik sebanyak 11,296 MW. TNB menjana dengan menggunakan loji hidroelektrik dan logi terma.

Loji hidroelektrik[sunting | sunting sumber]

Terdapat 3 skim hidroelektrik dengan keupayaan sejumlah 1,911 MW dengan 21 empangan beroperasi:

Skim hidroelektrik Sungai Perak; dengan keupayaan 1,249 MW:

Skim hidroelektrik Terengganu, dengan keupayaan 400 MW:

Skim hidroelektrik Cameron Highlands

  • Stesen Janaelektrik Sultan Yussuf,Jor – 4 x 25 MW = 100 MW
  • Empangan Woh – 3 x 50 MW = 150 MW
  • Empangan Odak – 4.2 MW
  • Empangan Habu – 5.5 MW
  • Empangan Kampong Raja – 0.8 MW
  • Empangan Terla – 0.5 MW
  • Empangan Robinson Falls – 0.9 MW (juga dikenali sebagai Empangan Lata Iskandar)

Loji terma[sunting | sunting sumber]

Terdapat 6 loji terma atau loji bakar dengan keupayaan berjumlah 4,435 MW sedang beroperasi, dan 3 lagi loji bakar dengan keupayaaan berjumlah 4,950 MW yang dikendalikan oleh syarikat jana bebas (IPP) yang juga dimiliki TNB.

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]