Luncur papan selaju di Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luncur papan selaju
di Sukan Olimpik XXXIII
TempatPlace de la Concorde
Tarikh27 Julai — 7 Ogos 2024
Bil. acara4
Pesaing88 (dijangka)
← 2020
2028 →

Luncur papan selaju di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan berlangsung dari 27 Julai hingga 7 Ogos 2024 di Place de la Concorde, Paris, Perancis. Acara jalan akan berlangsung dari 27 hingga 28 Julai manakala acara taman akan berlangsung dari 6 hingga 7 Ogos.[1] Seramai 88 atlet akan bertanding dalam acara ini, bilangan ini adalah lapan atlet lebih berbanding dengan Sukan Olimpik 2020.[2]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 88 tempat yang diberikan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024, 22 untuk setiap acara bagi kategori lelaki dan perempuan. Standard kelayakan telah dikeluarkan oleh World Skate pada 1 Mei 2022.[3]

Setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dibenarkan untuk menghantar maksimum enam peserta (tiga bagi setiap acara bagi setiap jantina) ke Sukan Olimpik 2024 sekiranya mereka berada di kedudukan 20 teratas dalam senarai Ranking Luncur Papan Selaju Dunia Olimpik (OWSR). Senarai tersebut adalah berdasarkan keputusan pemain-pemain dalam pertandingan yang diiktiraf oleh World Skate antara 22 Jun 2022 hingga 23 Jun 2024. Kesemua pertandingan tersebut dibahagikan kepada lima kategori:

  • Kejohanan Dunia
  • Siri Kelayakan Olimpik
  • Pro Tour
  • acara "5 Bintang"
  • acara "3 Bintang"

Berbeza dengan Sukan Olimpik 2020, Kejohanan Kebangsaan kini bukan lagi sebahagian daripada strata kelayakan. Pada masa yang sama, Kejohanan Benua akan dikategorikan sebagai acara "3 Bintang".[3] Slot akan diberikan kepada atlet dan bukannya kepada JOK.[4]

Pasukan Perancis akan memperoleh empat slot (satu bagi setiap kategori) secara automatik, manakala empat slot yang lain (satu bagi setiap kategori) akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tripartit, dengan syarat atlet tersebut mestilah mempunyai ranking 50 ke atas dalam senarai OWSR. Setiap benua mesti sekurang-kurangnya mempunyai satu atlet dalam setiap acara. Sekiranya tidak, atlet dari benua tersebut yang mempunyai ranking tertinggi dalam senarai OWSR akan layak ke Sukan Olimpik[4]

Pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Acara Emas Perak Gangsa
Taman lelaki
Taman wanita
Jalan lelaki
Jalan wanita

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Paris 2024 Olympic Competition Schedule by session" (dalam bahasa Inggeris). POCOG. 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  2. ^ Depasse, Guillaume (24 Jun 2022). "Pathway to Paris 2024: Skateboarding qualification system explained". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Jun 2022.
  3. ^ a b "Paris 2024 Skateboarding Qualification Criteria Including 2022 Contest Schedule". World Skate (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2022. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  4. ^ a b "Qualification system - Games of the XXXIII Olympiad - Paris 2024" (PDF). IOC (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]