Lyab-i Hauz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam Lab-i Hauz dan bangunan Khanaka Nadir Divan-Beghi.

Lab-i Hauz (Uzbek: Labihovuz, Tajik: Лаби Ҳавз, rumi: Labi Havz, Parsi: لب حوض, rumi: Lab-e Howz, "di sebalik kolam"), kadangkala Lyab-i Khauz, ialah kawasan di sekeliling howz (binaan kolam Parsi) yang masih ada di bandar Bukhara, Uzbekistan. Sehingga zaman Soviet, banyak howz didirikan di Bukhara, dan merupakan sumber air utama kota, tetapi kebanyakan daripadanya sudah ditutup pada 1920-an dan 1930-an oleh kerana risiko penyebaran jangkitan penyakit. Kolam ini dibina pada sekitar abad ke-16 serta ke-17, dan di sekitar telaga, telah didirikan beberapa buah madrasah serta Masjid Magok-i-Attari.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]