Madrasah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Madrasah Ulugh Beg, Samarkand, sekitar 1910

Madrasah (Arab: مدرسة) merupakan perkataan Arab untuk sekolah. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya merujuk kepada suatu institusi pendidikan Islam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Madrasah tidak wujud pada zaman awal Islam. Penubuhan madrasah berkemungkinan dapat dijejak kepada amalan orang Islam yang berkumpul di masjid-masjid bagi membincangkan persoalan-peroalan agama. Pada tahap awal ini, Muslim awam cenderung berkumpul sekeliling orang berilmu dan mendapatkan ilmu daripada mereka. Guru-guru informal ini dikenali sebagai syeikh, dan syeikh-syeikh ini mula mengadakan pertemuan yang disebut majlis ilmu.

Ditubuhkan pada tahun 859 M, Ǧāmiʿat al-Qarawiyyīn (terletak di dalam Masjid al-Qarawiyyin) di bandar Fez, Maghribi, dianggap universiti tertua di dunia oleh beberapa sarjana,[1]. Walaupun kadang kalanya kewujudan institusi seperti universiti masih diperbahaskan.

Universiti ini diasaskan oleh Fatimah al-Fihri, anak peempuan seorang saudagar kaya, Muhammad al-Fihri. Universiti al-Karaouine kemudiannya diikuti dengan penubuhan Universiti al-Azhar pada tahun 959 m di Kaherah, Mesir.

Madrasah Alauddin Khilji, Kompleks Qutb, dibina pada awal abad ke-14 di Delhi, India.

Pada lewat zaman Abbasiyyah, wazir Seljuk, Niẓam al-Mulk menubuhkan sebuah institusi akademik utama yang dikenali sebagai Madrasah Niẓamiyyah. Madrasah Nizamiyyah diasaskan atas majlis ilmu. Nizam al-Mulk menubuhkan sebuah sistem madarasah negara (dikenali sebagai "Nizamiyyah" bersempena namanya) di dalam beberapa bandar Abbasiyyah pada penghujung abad ke-11.

Dinasti pemerintah Fatimiyyah[2] dan Mamluk[3] serta pemerintah-pemerintah negara pengganti juga menubuhkan madrasah melauli sistem wakaf. Bukan sahaja madrasah ini menjadi tanda kedudukan, ia juga menjadi cara yang berkesan bagi pemindahan kekayaan dan kedudukan kepada pewaris. Ini jelas terutamanya semasa zaman Mamluk, di mana hanya anak hamba boleh menjadi pemerintah; anak-anak golongan bangsawan tidak boleh mewarisi hak orang tua mereka, justeru jawatan di dalam madrasah dapat mengekalkan status mereka. Madrasah-madrasah yang dibina semasa era ini termasuklah Masjid Sultan Hassan di Kaherah.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Several sources have claimed that the University of Al-Karaouine, founded in 859, is the oldest university.
    • Esposito, John (2003). The Oxford Dictionary of Islam. Oxford University Press. p. 328. ISBN 0-19-512559-2. 
    • Kettani, M. Ali. Engineering Education in the Arab World. Middle East Journal, 1974, 28(4):441.
  2. Jonathan Berkey, The Transmission of Knowledge in Medieval Cairo (Princeton: Princeton University Press, 1992), passim
  3. Ira Lapidus, Muslim Cities in the Later Middle Ages (Cambridge: Cambridge University Press, 1984), passim



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.