Pergi ke kandungan

Majlis Daerah Batu Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Majlis Daerah Kinta Selatan)
Majlis Daerah Batu Gajah
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan26 Mac 2009
Didahului oleh
Majlis Daerah Kinta Barat
Kepimpinan
Yang Dipertua
Mohamad Razif bin Ramli
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
Mudah Cepat Berkesan
Tempat persidangan
Majlis Daerah Batu Gajah

Jalan Haji ABdul Wahab

31000 Batu Gajah
Laman sesawang
https://www.mdbg.gov.my/index.php
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) merupakan pihak berkuasa tempatan di Kinta, Perak. Majlis daerah ini ditubuhkan pada 26 Mac 2009 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan pentadbiran MDKB pada 2022 berjumlah 66.6 kilometer persegi dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 133,422 orang. Pusat Pentadbiran MDKB terletak di bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu Pekan Pusing, Pekan Tronoh dan Pekan Tanjung Tualang.

Majlis Daerah Kinta Barat telah ditubuhkan pada 1 September 1977 merupakan sebuah organisasi yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kawasan Majlis Daerah Kinta Barat meliputi meliputi lima mukim iaitu Sungai Terap, Blanja, Tanjung Tualang, dan sebahagian Sungai Raia dan Hulu Kinta. Kawasan pentadbiran utama ialah Batu Gajah manakala bandar lain ialah Tanjung Tualang, Pusing, Tronoh, Papan, Sungai Durian, Seputeh dan Sungai Raja.

Pada 26 Mac 2009, nama Majlis Daerah Kinta Barat telah ditukar kepada Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Ahli Majlis

[sunting | sunting sumber]

Seramai 24 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri.

  1. https://www.mdbg.gov.my/

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]