Majlis Hubungan Amerika-Islam
| Council on American-Islamic Relations | |
|---|---|
| Penubuhan | Jun 1994 |
| Jenis | NGO bukan untung |
| Tujuan/fokus | Hak awam Muslim |
| Ibu pejabat | Washington, D.C. |
| Lokasi | 453 New Jersey Ave., S.E. |
| Kawasan khidmat | Amerika Syarikat |
| Pengarah Eksekutif | Nihad Awad |
| Staff | 70+ |
| Sukarelawan | 300+ |
| Laman web | cair.com |
Majlis Hubungan Amerika-Islam (Bahasa Inggeris: Council on American-Islamic Relations, CAIR) ialah pertubuhan pembela kebebasan sivil Islam yang terbesar di Amerika Syarikat yang mengusahakan pembelaan sivil serta memupuk hak asasi manusia. Ia beribu pejabat di Capitol Hill di Washington, D.C. dan membuka pejabat-pejabat setempat di seluruh negara.[1]
Menerusi hubungan media, melobi dan pendidikan, CAIR mempersembahkan apa yang dikatakannya sebagai perspektif Islam terhadap isu-isu yang penting kepada orang umum AS, berusaha memberikan kuasa kepada umat Islam AS serta mendorong aktivisme sosial dan politiknya. Kenduri tahunan yang menjadi punca pembiayaan utama CAIR, dihadiri oleh para ahli politik, negarawan, pemimpin antara agama, aktivis dan personaliti media AS.[1]