Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran, Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun.

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan di luar negara

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
  • Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.
  • Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri
  • Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan.
  • Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.
  • Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai jenis acara sukan dipertandingkan untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 18, 15 dan 12 tahun.[2]

  • Olahraga
  • Akuatik
  • Badminton
  • Bola baling
  • Bola jaring
  • Bola keranjang
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Boling
  • Catur
  • Gimnastik artistik
  • Gimnastik berirama
  • Golf
  • Hoki
  • Kapal layar
  • Kriket
  • Memanah
  • Merentas desa
  • Ping pong
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Skuash
  • Softbol
  • Tenis

Rujukan[sunting | sunting sumber]