Makanan segera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sejenis hidangan makanan segera: burger, potongan kerepak, dan minuman ringan.


Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makanan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan pantas. Makanan jenis ini mula-mula menjadi popular di Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an. Mahupun apa jua jenis makanan yang dapat disiap dan dihidangkan boleh dianngap makanan segera, lazimnya ungkapan ini dikhususkan untuk makan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terdahulu dan dihidang kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang.