Marcel Dassault

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Marcel Dassault
Marcel Dassault dalam kenangan

Marcel Dassault adalah seorang pengusaha penerbangan berbangsa Perancis. Beliau dilahirkan pada 22 January 1892 sebagai Marcel Bloch di Paris.

Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Breguet dan Supaero, beliau mencipta sejenis kipas (propeller) kapal terbang yang digunakan oleh Tentera Perancis semasa Perang Dunia I. Beliau mengasaskan syarikat Societé des Avions Marcel Bloch. Selepas syarikat itu dimiliknegara dalam tahun 1936, beliau kekal sebagai pengarah syarikat tersebut.

Sebagai seorang Yahudi, Marcel Dassault dibuang negara ke Buchenwald semasa Perang Dunia II. Dia dihukum buang negara kerana enggan membantu Jerman memajukan industri penerbangan mereka.

Dalma tahun 1949, beliau menukarkan namanya kepada Dassault. Dassault adalah nama samaran abangnya, Jeneral Darius Paul Bloch yang bergiat dalam gerakan penentang Perancis. Dassault bermaksud “serang” (assault), dari kata akar "char d'assaut", perkataan Perancis untuk kereta kebal.

Selepas Perang Dunia II, Dassault membina syarikat pembuat kapal terbang paling ulung di Perancis, Avions Marcel Dassault. Dia digantikan oleh anaknya Serge Dassault sebagai ketua syarikat tersebut.

Marcel Dassault meninggal dunia pada 17 April 1986 di Neuilly-sur-Seinendan dimakamkan di perkuburan Passy dalam daerah ke-16 (16th arrondissement) di Paris.