Marcia Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marcia Cross
Kelahiran
Marcia Anne Cross

(1962-03-25) 25 Mac 1962 (umur 61)
Ketinggian5' 10" (1.78 m)
PasanganTom Mahoney (2006 - kini) (2 anak)

Marcia Anne Cross (lahir pada 25 Mac 1962 di Marlborough, Massachusetts) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang pernah tercalon dalam Anugerah Emmy dan Golden Globe. Beliau merupakan graduan dari Sekolah Juilliard dan memperoleh Ijazah dalam psikologi di Universiti Antioch, Los Angeles, California. Pada 2005 beliau dicalonkan untuk Emmy pertamanya menerusi watak Bree Hodge dalam drama popular Desperate Housewives. Pada Disember 2006, Cross mendapat pencalonan ketiga menerusi Anugerah Golden Globe untuk Best Actress in a Comedy Series.

Pemulaan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum terlibat dengan produksi Desperate Housewives, Cross pernah memainkan peranan sebagai Dr. Linda Abbott menerusi siriEverwood. Dia juga pernah muncul sebagai Dr. Kimberly Shaw dalam Melrose Place, bermula 1992 sehingga 1997.

Cross juga pernah muncul di pementasan La Ronde di Festival Teater Williamstown, Twelfth Night, or What You Will di Hartford Stage Company, dan The Two Gentlemen of Verona di Teater Old Globe, San Diego.

Drama pertamanya adalah The Edge of Night. Meninggalkan kota New York untuk mencuba nasib di Los Angeles, Cross kemudiannya muncul di dalam beberapa telefilem seperti The Last Days of Frank and Jessie James, disamping Johnny Cash dan Kris Kristofferson. Pada 1986, beliau muncul dalam, One Life to Live. Beliau muncul sehingga tahun 1987.

Pada 1991, muncul dalam episod ke-13 Knots Landing sebagai isteri Pierce Lawton (Bruce Greenwood) yang misteri. Peranannya dalam Melrose Place bermula apabila produser tertarik dengan lakonannya dan meminta beliau kembali dalam drama lipur lara itu. Cross juga pernah menjadi jemputan dalam siri seperti “Seinfield” dan Cheers. Beliau juga pernah muncul dalam siri komedi seperti Boy Meets World, Ally McBeal, Spin City, It's Garry Shandling's Show dan King of Queens. Beliau pernah memegang peranan dramatik dalam CSI, Profiler, Everwood dan Touched by an Angel, termasuklah filem Living in Fear, Always Say Good-bye, Dancing in September dan Bad Influence.

Pada November 2005, Cross muncul sebagai muka hadapan majalah Psychologies di United Kingdom. Dalam temuramah itu, beliau membincangkan perihal psikologi dan terapi.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Cross pernah bersama dengan Richard Jordan tetapi malangnya Jordan mati pada 30 Ogos 1993 kerana barah otak. Pada awal 2005, Internet dan rakan media menyatakan bahawa Cross seorang pengamal hubungan sejenis atau homoseksual. Cross muncul dalam rancangan temubual, . The View untuk menafikan laporan tersebut tetapi beliau berkata bahawa beliau sentiasa menyokong komuniti homoseksual. Pada Ogos 2005, Cross menyebarkan berita bahawa dia menerima lamaran lamaran Tom Mahoney (1957). Pasangan ini berkahwin pada 24 Jun 2006, bersaksikan 200 orang tetamu di Gereja Our Savior Episcopal Parish di San Gabriel, California.[1]. Pada 6 September 2006, beliau dengan gembiranya melaporkan perihal kehamilan beliau yang dijangka lahir pada April 2007 [2] dan pada 20 September beliau sekali lagi menyatakan kandungannya merupakan kembar. Pada 20 Februari 2007, Cross selama melahirkan kembar perempuan, Eden and Savannah di Hospital Los Angeles.[3]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

  • Desperate Housewives (2004–kini)
  • The Wind Effect (2003)
  • King of Queens (2002)
  • Eastwick (2002) (TV)
  • Living in Fear (2001)
  • Dancing in September (2000)
  • Target Earth (1998)
  • All She Ever Wanted (1996) (TV)
  • Female Perversions (1996)
  • Always Say Goodbye (1996)
  • Melrose Place (1995-1997)
  • Ripple (1995)
  • Knots Landing (1991-1992)
  • Storm and Sorrow (1990) (TV)
  • Bad Influence (1990)
  • Almost Grown (1988) (TV)
  • The Last Days of Frank and Jesse James (1986) (TV)
  • Brass (1985)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Desperate Housewives[sunting | sunting sumber]

  • 2007 Anugerah Golden Globe (Best Actress in a TV Series - Comedy or Musical)
  • 2006 Anugerah Golden Globe (Best Actress in a TV Series - Comedy or Musical)
  • 2005 Anugerah Golden Globe (Best Actress in a TV Series - Comedy or Musical)
  • 2006 Anugerah SAG (Outstanding Ensemble in a Comedy Series) (won)
  • 2005 Anugerah SAG (Outstanding Ensemble in a Comedy Series) (won)
  • 2005 Anugerah Television Critics Association (Individual Achievement in Comedy)
  • 2005 Anugerah Satellite (Best Actress in a Television Series - Musical or Comedy)
  • 2006 Anugerah Satellite (Best Actress in a Television Series - Musical or Comedy)(Menang)
  • 2005 Anugerah Prism (Performance in a Comedy Series)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wihlborg, Ulrica. "Marcia Cross Gets Married." People. June 24, 2006.
  2. ^ "Wife & Mother", Daily Record, September 8, 2006.
  3. ^ Gee, Alison. "Marcia Cross Welcomes Twin Girls" People. February 21, 2006.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]