Margarita Armstrong-Jones

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Margarita Armstrong-Jones
Kelahiran Margarita Elizabeth Rose Alleyne Armstrong-Jones
14 Mei 2002 (11 tahun)
London, England
Terkenal kerana cucu saudara perempuan kepada Queen Elizabeth II dari United Kingdom dan cucunda kepada Puteri Margaret, Countess dari Snowdon
Ibu bapa David Armstrong-Jones, Viscount Linley
Serena Armstrong-Jones, Viscountess Linley

Margarita Elizabeth Rose Alleyne Armstrong-Jones (lahir 14 May 2002) adalah anak perempuan tunggal kepada Viscount Linley dan Viscountess Linley. Beliau telah dilahirkan tiga bulan selepas kematian nendanya, Puteri Margaret, Countess dari Snowdon dan sebulan setengah selepas kematian moyangnya Permaisuri Elizabeth, Bonda Permaisuri. Beliau ada;ah cucunda tunggal Puteri Margaret dan Earl dari Snowdon. Beliau digelar The Hon. Margarita Armstrong-Jones; bagaimanapun, apabila ayahandanya menjadi Earl dari Snowdon yang kedua, beliau akan dikenali sebagai Lady Margarita Armstrong-Jones.

Margarita Armstrong-Jones di sebelah kanan bawah

Beliau adalah di dalam barisan takhta British. Beliau dinamakan bersempena nenda sebelah bapa, mendiang Puteri Margaret, Countess dari Snowdon, dan moyangnya Permaisuri Elizabeth, Bonda Permaisuri dan moyang saudara, Elizabeth II. Rose adalah, merujuk kepada ayahandanya di dalam satu wawancara dengan Majesty Magazine, yang dipiih oleh kakandanya Charles. Alleyne adalah salah satu daripada nama pertengahan bondanya.[1]

Pada bulan September 2006, merujuk kepada 25 Disember 2006 artikel di dalam Daily Telegraph, "Margarita telah diambil gambarnya sedang duduk di atas rak beg pakaian basikal ayahandanya di dalam kesesaka lalu lintas." Gambar berkenaan memprovokasi rungutan-rungutan daripada penyokong-penyokong keselamatan lalu lintas. Artikel itu juga mengisytiharkan bahawa budak perempuan berambut perang muda berusia empat tahun yang aktif adalah "bintang pertunjukan" apabila beliau telah menghadiri perkhidmatan Krismas dengan keluarga diraja di Gereja St. Mary Magdalene berdekatan dengan Sandringham House, estet Norfolk kepunyaan Permaisuri. Margarita telah berjalan di antara Peter Phillips dan Prince William, dua pupunya, memegang tangan mereka. Dua lelaki telah menghayun beliau tinggi di udara semasa berjalan kaki ke gereja apabila beliau merayu, "Lagi, lagi, lagi!" Kemudian, beliau dilihat "sangat kasih" kepada William apabila putera berkenaan menjelaskan kepadanya bagaimana menghulurkan bunga-bunga kepada kanak-kanak yang berkumpul untuk mendapatkan sepintas lalu keluarga diraja di luar gereja. Kanak-kanak perempuan itu bertindak sebagai budak bunga Permaisuri. Artikel itu menyatakan bahawa Margarita "memaparkan semua kualiti bintang mendiang nendanya, Puteri Margaret."[2] Pada 14 Februari 2011 telah diumumkan bahawa Margarita akan menjadi pengapit pengantin di perkahwinan would be a bridesmaid at the wedding of HRH Putera William dari Wales, dua pupunya, dan Cik Catherine Middleton, satu tugas beliau kendalikan pada 29 April 2011 di Westminster Abbey.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Notakaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kerabat diraja Britain
Didahului oleh
The Hon. Charles Armstrong-Jones
Line of succession to the British throne
16th position
Diikuti oleh:
Lady Sarah Chatto

Templat:UK-noble-stub