Maro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranMaro

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Kartunis yang menggunakan nama pena Maro ini adalah kartunis dan ilustrator Kumpulan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. Bermula dengan komik Kawan, Maro tidak lagi menoleh ke belakang. Bekerja dengan syarikat penerbitan akhbar dan bercampur dengan wartawan memberikan peluang kepada beliau mendapat idea untuk menghasilkan kartun. Kartun-kartun yang beliau hasilkan adalah menepati dengan keadaan semasa dan boleh dibaca melalui akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Jawi) serta sisipan dalam Utusan Tutor, Sigap dan sebagainya.

Mamak Cyber, merupakan strip kartun hariannya yang kelakar dan sinis. Rakan-rakan sebumbungnya adalah Shah, Khazim, Dee , Nuek dan Hafiz sekadar menyebut beberapa nama sahaja.