Marzuki Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Prof. Madya Datuk Dr. Haji

Marzuki Mohamad

PJN; PMW (Wilayah Persekutuan); PhD (ANU)
Ketua Setiausaha Sulit
Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 21 Ogos 2021
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Digantikan olehNor Nazimah Hashim (Ismail Sabri)
Butiran peribadi
LahirMarzuki bin Mohamad
(1972-06-24) 24 Jun 1972 (umur 51)
Pasir Mas, Kelantan
PasanganDatin Haryaty Ibrahim
Anak-anak5
IbuRokiah Pa’chu
BapaMohamad Che Ibrahim
Alma materAustralia Universiti Nasional Australia (PhD)
PekerjaanAhli akademik

Prof. Madya Datuk Dr. Marzuki Mohamad merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia ke-8, Muhyiddin Yassin.[1] Beliau merupakan anak jati Pasir Mas, Kelantan. Beliau mula berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pegawai Khas ketika Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009. Beliau sebelum itu pernah menjadi intern penyelidik di Centre for Leadership and Development Studies (CELDES) yang antara tugasnya ialah membantu Tan Sri Muhyiddin ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Marzuki telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Haryaty Ibrahim dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat ijazah pertamanya, Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Sarjana Sastera (Sains Politik) dan akhirnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Sains Politik dan Perhubungan Antarabangsa) di Australian National University, Australia.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1999.[3]

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri ke-10 dari 2009 hingga 2013. Pada 2013, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Pendidikan I Malaysia. Pada 2018 pula, beliau dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas khas Menteri Dalam Negeri hingga tahun 2020.

Selepas peletakan jawatan Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri baharu, Muhyiddin Yassin telah menggantikan tempat beliau dan Marzuki telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia.[4]

Selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-8 dan selepas itu dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Marzuki telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Selepas PRU 15, beliau kembali berkhidmat sebagai Professor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]