Muhyiddin Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri

Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
MuhyiddinUS.jpg

Tempoh jawatan
9 April 2009 – kini
Didahului oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Tempoh jawatan
9 April 2009 – kini
Didahului oleh Hishammuddin Hussein

Tempoh jawatan
2004–2008
Diganti oleh Noh Omar

Tempoh jawatan
1982–1995
Didahului oleh Abdul Ajib Ahmad
Diganti oleh Abdul Ghani Othman

Member of Parliament
for P143 Pagoh, Johor
Penyandang
Tempoh jawatan 
1978

Lahir 15 Mei 1947 (67 tahun)
Johor Muar, Johor
Parti politik BN-100px.jpg UMNO
Pasangan Norainee Abdul Rahman
Anak 4
Pekerjaan Malaysia Ahli Parlimen
Religion Islam

Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin [1](lahir 15 Mei 1947), merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO . Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin) dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,Allahyarhamah Hajjah Kintan. Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal se kampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Mesjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Malah yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengjaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama. Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Mohd. Yassin yang mengajar di Sek. Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar Mohd. Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar dan Masjid Jamik Parit Kadzi Muar.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Men. Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 70an dulu.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab. Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Yassin,anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Muhammad Yassin. Di surau inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis tahlil allahyarham Hj. Muhammad Yassin dan majlis berbuka puasa Ramadhan bersama keluarga.

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor.

Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar di masjid Jamik Sri Menanti, Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang, Masjid Sungei Mati dan Masjid Bukit Kangkar Muar.

Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan abang beliau Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.

Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim. Sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Bangunan Umno Pagoh.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehingga 2008.Beliau kemudiannya diundi menjadi Timbalan Presiden UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Jawatan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.

Aktiviti kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996).

Datuk Seri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan Golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.

Di dalam konteks sukan, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity dengan kerjasama Kementerian Belia dan SUkan telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin juga merupakan pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. Yayasan ini berperanan untuk

  • Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
  • Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, polotik dan sosial.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
  • Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.

Anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan ini dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang.[2]

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mahiaddin Bin Md Yasin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pagoh , negeri Johor. Mahiaddin Bin Md Yasin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21028.

Calon lawan ialah Mohamad Rozali Bin Jamil dari PAS mendapat 8,447 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 787.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
12 Ogos 19823 Mei 1995
Penyandang Kemudian
Dato' Abdul Ajib Ahmad
Dato' Haji Abdul Ghani Othman
Penyandang Terdahulu Menteri Belia dan Sukan
19951999
Penyandang Kemudian
Dato' Abdul Ghani Othman
Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein
Penyandang Terdahulu Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna
1999 – Januari 2004
Penyandang Kemudian
Tak Pasti
Penyandang
Penyandang Terdahulu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Januari 2004Mac 2008
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Effendi Norwawi
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Penyandang Terdahulu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
19 Mac 2008– kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Rafidah Aziz
Penyandang
Penyandang Terdahulu Naib Presiden UMNO
 ??– 2007
Penyandang Kemudian
Najib Tun Razak
Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein
Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
9 April 2009 – Kini
Penyandang Kemudian
Muhyiddin Yassin
'Masih Berkhidmat '