Masjid Agung Sana'a

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Agung Sana'a ialah sebuah Masjid yang terletak di Sana'a, Yemen, ianya terletak disebelah timur Istana Lama Ghumdan.[1] Siap dibina pada abad ke-7 Masihi dengan menggunakan bahan-bahan runtuhan seperti blok batu dari Istana Ghumdan yang telah dihancurkan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Tujuan pemusnahan istana adalah untuk mengelakkan pihak musuh menjadikan tinggalan istana sebagai kubu pertahanan.[2]

Arahan pembinaan Masjid oleh Nabi Muhammad[sunting | sunting sumber]

Masjid ini diyakini dibangun selama kehidupan Nabi Muhammad SAW pada tahun 6 Hijrah. Maka dengan ini Masjid Agung Sana’a merupakan Masjid paling awal yang dibangun dalam sejarah Islam setelah pembinaan Masjid Quba' dan Masjid Nabawi di Madinah.

Apabila arah kiblat telah diperintahkan Allah untuk ditukar dari menghadap Masjid Aqsa kepada Kaabah, di Makkah, sedangkan pada ketika itu Nabi Muhammad bersama kaum Muslimin sedang menunaikan solat di Masjid Qiblatain, di Madinah. Islam telah mula berkembang pesat ke seluruh Jazirah Arab sehinggalah ke Yemen. Oleh itu, Nabi Muhammad telah mengirimkan Saidina Ali bin Abi Talib ke Hamdan, Muadz bin Jabal ke Janad dan sebilangan utusan ke Sana'a. Salah seorang utusan ke Sana'a itu ialah Wabr ibn Yuhannas Al-Khozaee. Nabi Muhammad juga telah memerintahkan pembinaan masjid di Sana'a, klu lokasi pembinaan yang telah ditentukan oleh Nabi adalah berdasarkan hadis berikut:

At-Tabarani meriwayatkan dari Al-Mu'jam Al-Awsat berkata, Wabr ibn Yuhannas Al-Khozaee berkata; Bahawa Nabi bersabda kepadaku: "Jika kamu membina Masjid Sana'a, jadikan ia (terletak) di sebelah kanan gunung digelar Deyn.

Al-Hafez Al-Razey berkata dalam kitab karangannya "Sejarah Sanah": Nabi Muhammad memerintahkan Wabr ibn Yuhannas Al-Ansarey, apabila baginda mengutuskan beliau (Wabr) sebagai pelindung kaum Muslimin di Sana'a, baginda bersabda "Ajak mereka kepada Iman (kebenaran), jika mereka patuh padanya, maka perintahkan mereka menunaikan Solat, jika mereka patuh pada kamu akan hal tersebut, maka pergi dan binalah Masjid di Taman Bathan, darimana diketemukan batu di Gamdan, dan halakan (akan batu tersebut) ke arah gunung yang dipanggil Deyn." Dan Al-Rahzey berkata: Dan Pesuruh Allah menulis (mengutuskan surat) kepada Wabir untuk membina Tembok Bathan Masjid, dan membuatkan ia dari posisi akar batu, dan halakan ia pada Deyn.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Google. Google Maps (Peta).
  2. ^ McLaughlin, Daniel (12 February 2008). Yemen: the Bradt travel guide. Bradt Travel Guides. m/s. 86. ISBN 9781841622125. Dicapai pada 11 July 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 15°20′55″N 44°12′57″E / 15.34861°N 44.21583°E / 15.34861; 44.21583

Templat:Yemen-struct-stub Templat:Mosjid-stub