Masjid Al-Ismaili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Al-Ismaili
Maklumat am
StatusDalam pembinaan
Maklumat geografi
LokasiBulatan Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan
Maklumat pembinaan
Bil. kubahenam (6)
Bil. menaralima (5)
Kapasiti jemaah1500 orang
Keluasan20,750 kaki persegi (ruang solat utama)
Laman sesawang
Laman Web Masjid Al-Ismaili

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Al-Ismaili terletak di atas Lot PT 3190, Bandar Baru Pasir Pekan, Daerah Wakaf Bharu. Pada 26 Muharram 1433H bersamaan 22 Disember 2011 telah berlangsung satu Majlis Solat Hajat dan Upacara Peletakan Batu Asas.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan majlis ini. Turut sama berangkat ke majlis tersebut adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta penduduk sekitar kawasan Bandar Baru Pasir Pekan.

Majlis dimulakan dengan solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh YBrs Imam Besar MAIK dan diikuti oleh Solat Sunat Hajat yang dipimpin oleh YB. Sohibul Fadilah Dato’ Timbalan Mufti Negeri Kelantan. Satu tayangan khas persembahan multimedia mengenai pembinaan masjid tersebut telah dipersembahkan dan diikuti dengan pengurniaan buku pelan prospektif pembinaan Masjid Al- Ismaili oleh KDYMM Sultan Muhammad V kepada YBrs Pengarah JKR Negeri Kelantan sebagai agensi pemantau projek pembinaan masjid berkenaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V selanjutnya mengampuni perkenan untuk menyempurnakan Peletakan Batu Asas Pembinaan Masjid Al-Ismaili dengan disaksikan oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Pembesar-Pembesar Negeri.

Masjid Al-Ismaili merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan ianya merupakan hadiah abadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V kepada Ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Masjid yang didirikan ini berteraskan Tema 5 iaitu Islam terbina di atas Rukun Islam yang lima, demi menjaga lima Maqosid As-Syariyyah, yang terdidik melalui lima hukum bagi panduan lima pancaindera manusia untuk menakhodai diri di dunia menuju akhirat. Masjid ini juga dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam. Masjid Al-Ismaili ini akan dilengkapi dengan ruang solat utama seluas 20,750 kaki persegi yang dapat menampung keperluan jemaah seramai 1500 orang jemaah pada satu-satu masa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buletin SUK Edisi November - Disember 2011

Video Korporat[sunting | sunting sumber]

Video Korporat Masjid Al-Ismaili