Masjid Ampel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masjid Ampel ialah sebuah masjid lama yang terletak di bahagian utara Kota Surabaya, Jawa Timur. Masjid ini didirikan oleh Sunan Ampel, dan berhampirannya terdapat kompleks Makam Sunan Ampel.

Saat ini Masjid Ampel merupakan salah satu mercu tanda bagi daerah pelancongan yang berkonsepkan keagamaan di Surabaya. Masjid ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan berseni bina China dan Arab.

Di sebelah kiri halaman Masjid Ampel, terdapat sebuah telaga yang diyakini merupakan telaga yang bertuah, biasanya digunakan oleh mereka yang meyakininnya sebagai penguat janji atau sumpah.