Masjid Daerah Tuaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek an-Nur, Tuaran
Masjid an-Nur Daerah Tuaran
Maklumat am
Dibuka pada1999
StatusMasjid daerah
Maklumat pentadbiran
ImamHj. Hashim Awang (Imam Besar)
Hj. Razali Daud
Junala Anding
Bilin Muhidin (Imam Daerah Tuaran) (Timb. Imam Besar)
BilalSuasin Langgun
Hj. Junin Abdullah
Maklumat geografi
LokasiJalan Sekadar Batangan, Tuaran, Sabah
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat2 tingkat
Bil. menara4 buah menara
Kapasiti jemaahSekitar 2 000 jemaah
PemajuPertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)
Laman sesawang
Laman web

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid an-Nur, Daerah Tuaran, terletak di pekan Tuaran, Sabah. Mempunyai keluasan yang besar kira-kira satu kali ganda besar Masjid Negeri Sabah. Masjid Tuaran ialah masjid kedua terbesar di Sabah selepas Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang terletak di Kg. Likas.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Masjid ini telah dirasmikan pada tahun 1999 oleh Yang DiPertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Sakaran Dandai, yang kini merupakan Presiden Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini terletak hanya 700 meter dari Pekan Tuaran, bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak (KKIA) Tuaran serta pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Tuaran. Masjid ini boleh dimasuki melalui dua pintu, sama ada melalui pintu utama di Jalan Sekadar Batangan atau melalui pintu belakang dari tanah lama Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tuaran. Biasanya, pintu utama dibuka setiap hari, manakala pintu belakang dibuka ketika hari Jumaat, 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.

Afiliasi[sunting | sunting sumber]

Masjid ini mempunyai afiliasi dengan USIA, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), semuanya bercawangan di Tuaran.

Urustadbir[sunting | sunting sumber]

Masjid ini diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Masjid. Masjid ini dipimpin oleh Pengerusi Masjid dan dibantu oleh para ahli jawatankuasanya.

Bagaimanapun, operasi harian Masjid ini dijalankan oleh para Imam, Muazzin dan Siak. Masjid ini mempunyai seorang Imam Daerah dan 3 orang Imam Rawatib, di samping guru-guru agama yang membantu melancarkan operasi Masjid.

Penyeliaan masjid dijalankan oleh Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Tuaran dan dibantu oleh Imam Daerah Tuaran.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini menyediakan banyak kemudahan untuk kegunaan orang ramai khususnya penduduk daerah Tuaran.

Dewan Solat[sunting | sunting sumber]

Dewan Solat terbahagi kepada Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Wanita. Masjid ini mampu menampung seramai 1 500 hingga 2 000 orang jemaah pada satu-satu masa. Lazimnya, Dewan Solat akan penuh ketika Solat Fardhu Jumaat, Solat Sunat Tarawih (ketika Ramadhan) dan Solat Sunat 2 Hari Raya (Aidilfitri pada 1 Syawal dan Aidiladha pada 110 Zulhijjah).

Dewan Nurul Hikmah[sunting | sunting sumber]

Dewan Nurul Hikmah turut dikenali sebagai Dewan Hikmah. Dewan ini merupakan dewan serbaguna masjid. Dewan ini biasa digunakan dalam sambutan hari-hari kebesaran Islam di peringkat daerah Tuaran. Dewan ini mampu memuatkan 300 hingga 500 orang pada satu-satu majlis.

Dewan Syarahan[sunting | sunting sumber]

Dewan ini boleh memuatkan 100 hingga 300 orang pada satu-satu majlis. Biasanya, dewan ini digunakan oleh organisasi pendidikan untuk mengadakan pertandingan syarahan dan ceramah-ceramah.

Ruang pejabat dan bilik-bilik serbaguna[sunting | sunting sumber]

Masjid turut menyediakan 8 buah ruang pejabat dan bilik serbaguna sebagai memudahkan perjalanan fungsi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), logistik, pentadbiran dan operasi Masjid.

Bilik Mesyuarat[sunting | sunting sumber]

Masjid mengandungi 2 buah Bilik Mesyuarat yang biasanya digunakan untuk mengadakan mesyuarat mahupun aktiviti keagamaan. Bilik ini mampu memuatkan sekitar 100 orang dalam satu-satu masa.

Ruang-ruang tempat letak kenderaan[sunting | sunting sumber]

Masjid turut menyediakan beratus petak tempat letak kenderaan untuk memudahkan orang awam menziarahi masjid untuk beribadah dan beristirehat.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid an-Nur
Jalan Sekadar Batangan
Peti Surat 495
89208 Tuaran, Sabah.
Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Daerah Tuaran
Tingkat 1, Bangunan Lama Urusetia Daerah Tuaran
Peti Surat 52
89207 Tuaran, Sabah.
Imam Daerah: 088-788235