Masjid Jambi, Kemaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jambi
Maklumat am
Dibuka pada (1938-01-01) 1 Januari 1938 (umur 86)
StatusDijadikan muzium
Maklumat geografi
LokasiDaerah Kemaman, Terengganu
Malaysia Malaysia
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat1
Bil. menara1
Bahan binaankayu dan simen

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jambi merupakan sebuah tarikan pelancong di Kemaman, Terengganu, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan sebuah rumah yang juga dikenali sebagai Rumah Jambi.

Masjid Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah telah dibina pada 1938 oleh sekumpulan pelarian Jambi seramai 13 orang termasuk anak raja Jambi yang melarikan diri ke Tanah Melayu apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914. Pada ketika itu, mereka menjadi buruan pihak Belanda. Pelayaran mereka yang mengambil masa selama tiga bulan melalui jalan darat dan air itu diketuai oleh Perdana Menteri Temenggong Tengku Abdul Karim bin Tengku Abu Bakar dan adiknya, Engku Mahmud Tengku Abu Bakar.

Reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan Jambi, Sumatera dan berbumbung limas bungkus iaitu bentuk bumbung lama di negara itu. Bumbung masjid ini dipasang dengan atap genting yang diimport dari Malabar, India. Selain itu pada bahagian rabung dan bahagian atas bumbungnya dipasang ukiran yang diperbuat daripada simen berbentuk tanduk kerbau atau sumbu badak selain terdapat ukiran simen berbentuk buah nanas.

Bersebelahan masjid itu terdapat sebuah rumah yang diberi nama Rumah Jambi yang satu ketika dahulu diduduki oleh seorang pelarian yang berasal dari Jambi.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]