Masjid Taha (Ahmadiyyah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Taha
ताहा मस्जिद
Maklumat geografi
Negara Singapura
LokasiGeylang Serai
Koordinat1°18′49″N 103°53′54″E / 1.313647°N 103.898418°E / 1.313647; 103.898418Koordinat: 1°18′49″N 103°53′54″E / 1.313647°N 103.898418°E / 1.313647; 103.898418
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah300
Lokasi
Masjid Taha (Ahmadiyyah) is located in Bumi
Masjid Taha (Ahmadiyyah)
Masjid Taha (Ahmadiyyah) (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Taha ialah sebuah masjid yang memenuhi keperluan beragama penganut Jemaah Islam Ahmadiyyah di Singapura. Masjid yang terdapat di Onan Road di kawasan Geylang Serai ini terletak tidak jauh dari Masjid Khalid yang beraliran Ahli Sunah Waljamaah.

Masjid Taha merupakan satu-satunya masjid yang tidak ditadbirkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura,[1] kerana kepercayaan agama mereka yang bertentangan dengan pegangan majoriti penduduk Islam di Singapura yang berfahaman Ahli Sunnah dan bermazhab Shafi'i.

Pada tahun 1993, Mufti Singapura pada masa itu, Syed Isa Semait, pernah menyarankan agar nama Masjid Taha ditukar kepada Masjid Taha Ahmadiyyah. Ini bertujuan mengelakkan salah faham di kalangan anggota masyarakat Islam mengenai bangunan itu. Malah, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam pada masa itu, Dr. Ahmad Mattar mengingatkan masyarakat Islam setempat supaya tidak bersembahyang di dalam bangunan itu.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MUIS Annual Reports, 2010" (PDF). 2010.
  2. ^ "Bangunan Qadiani bukan masjid". Berita Minggu. 29 Disember 1985. m/s. 1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]