Masjid Tanah Merah
| Masjid Tanah Merah |
|
|---|---|
| Maklumat pentadbiran | |
| Imam | Tiada maklumat (imam besar) |
| Lokasi | Masjidul Rahman Tanah Merah, Batu 12, Jalan Masjid Tanah Merah, Kerubung, 75250 Melaka. |
|
sunting |
|
Masjidul Rahman Tanah Merah merupakan sebuah masjid yang terletak di Mukim Krubong, Daerah Melaka Tengah, Melaka, 21 kilometer dari pusat bandar. Disiap pembinaannya pada tahun 1960, masjid ini mula digunakan pada 8 Jun 1960 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Abdul Ghafar bin Baba.
Sejarah [sunting]
Masjidul Rahman Tanah Merah pada asalnya dibina pada tahun 1926 di atas tapak yang dimiliki oleh Allahyarham Tuan Hj. Muslim Bin Tahir sebagai suatu projek gotong royong oleh para penduduk kampung di kawasan itu. Bahan-bahan untuk membina masjid itu disumbang oleh Fauziah, penghulu Kg. Paya Rumput, Melaka, dengan mimbar masjid dipercayai disumbang oleh Masjid Paya Rumput.
Pada suatu ketika, kawasan Masjidul Rahman Tanah Merah dipergunakan untuk mendirikan sebuah Sekolah Agama Rakyat. Sekolah itu kemudian dijadikan sekolah untuk orang dewasa, dengan ia kini dipergunakan sebagai Tadika KEMAS untuk para penduduk Kg. Lanjut Manis dan Tanah Merah.
Rujukan [sunting]
- (Bahasa Melayu) http://www.al-azim.com/~tmkrubong/