Cabang dan mazhab Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cabang dan mazhab Islam

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Teks suci Islam, al-Quran, menyuruh umatnya supaya tidak berpecah-pecah kepada bahagian atau puak tertentu tetapi sebaliknya bersatu-padu di bawah satu agama dan satu Tuhan - Allah.[al-Quran 3:103] Kegagalan berbuat demikian merupakan dosa dan orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka akan dibalas oleh Allah pada Hari AKhirat nanti.[6:159] Bagaimanapun, selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., telah muncul perbezaan dari segi aliran pemikiran, tradisi dan fiqh,[1] namun tidak aqidah.

Al-Qur'an juga memerintahkan umat Islam "taat kepada Allah, taat kepada Rasul (Nabi Muhammad), orang-orang yang berkuasa dari kalangan Muslim", menekankan kepentingan mematuhi surahan Allah di dalam al-Qur'an, dan mengikuti semua ajaran Nabi, dan mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin;[4:59] melabelkan mereka yang bersetuju sebagai Muslim[22:78] dan sebahagian daripada "sebaik-baik umat yang dilahirkan".[3:110] Bagaimanapun, ada hadith yang menyebut akan terdapat 73 golongan seperti yang diriwayatkan Imam Tirmidzi dan Abu Daud,[2][3]

Sunah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ahli Sunah Waljamaah

Islam Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam (sehingga 90%[4][5]) daripada 1.5 bilion Muslim di dunia). Dalam bahasa Arab, as-Sunnah secara harfiah bermaksud "prinsip" atau "laluan". Al-Qur'an dan Sunnah (contoh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang direkodkan dalam hadith) merupakan asas utama doktrin Sunah. Sunnah dilihat sebagai penting dalam membantu mentafsirkan Qur'an.[6]

Sunah (atau Sunni) percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan pewaris benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.; kerana Allah tidak menunjukkan mana-mana ketua tertentu untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih.[5] Sunah mengakui empat mazhab (aliran pemikiran) utama yang sah: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini menerima kesahihan yang lain dan seorang Muslim boleh memilih mana-mana yang menyenangkannya,[7]. Terdapat juga gerakan ultra-ortodoks di dalam Sunah, contohnya Salafi yang mengambil generasi pertama Muslim sebagai model teladan.[8]

Syi'ah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Syiah

Syiah membentuk 10–20% Muslim dan adalah rumpun kedua terbesar Islam.[9][10] Mereka percaya dalam kepimpinan Imam dari keturunan Ali bin Abi Talib, yang mengikut kebanyakan Syiah tidak mungkin berbuat salah. Mereka percaya bahawa Saidina Ali yang merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pewaris sebenar baginda, dan mereka memanggil beliau Imam pertama, menolak keabsahan khalifah Muslim sebelumnya. Bagi mereka, seorang Imam memerintah dengan hak perlantikan ketuhanan dan memiliki "kuasa kerohanian mutlak" di kalangan Muslim, mempunyai kata terakhir dalam hal doktrin dan wahyu.[11][12] Islam Syi'ah mempunyai beberapa rumpun, yang terbesar ialah Syiah Imam Dua Belas (iṯnāʿašariyya), di mana istilah Syiah secara umum lazimnya merujuk kepada kumpulan ini. Walaupun Imam Dua Belas berkongsi banyak amalan teras dengan Sunah, dua rumpun ini tidak bersetuju mengenai taraf kepentingan dan kesahihan sebahagian koleksi hadith. Syiah Imam Dua Belas mengikuti tradisi hukum yang dipanggil fiqh Ja'fari.[13] Kumpulan Syiah lain termasuklah Ismailiyah dan Zaidiyah, yang berbeza dari segi senarai Imam dan kepercayaan teologi.[14]

Kesufian[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kesufian

Kesufian atau sufisme merupakan satu bentuk pendekatan mistik-astetik terhadap Islam. Dengan memfokuskan lebih pada aspek kerohanian agama, Sufi berusaha untuk memperoleh pengalaman terus dari Allah dengan mengguna pakai "daya gerak hati dan emosi" yang harus dilatih seseorang untuk diguna.[15] Sufisme dan syariat Islam biasanya dianggap menjadi pelengkap, walaupun Sufisme telah dikritik oleh kumpulan Salafi sebagai bidaah tidak wajar. Kebanyakan golongan Sufi, atau tarekat, boleh dikelas sebagai sama ada Sunah atau Syiah, walaupun ada yang mengelaskan diri mereka hanya sebagai Sufi.[16]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Khawarij adalah mazhab yang berasal pada zaman awal Islam. Rumpun Khawarij yang masih hidup ialah Ibadi. Tidak seperti kebanyakan kumpulan Khawarij, Ibadi tidak menganggap Muslim berdosa sebagai kafir. Imam merupakan topik penting dalam kesusasteraan hukum Ibadi, yang mensyaratkan bahawa ketua patut dipilih menurut hanya pengetahuan dan kewarakannya, dan hendaklah disisihkan jika bertindak zalim. Kebanyakan Muslim Ibadi tinggal di Oman dengan sedikit komuniti di Afrika Utara.[17]

Ahmadiyyah merupakan satu gerakan yang muncul di akhir abad ke-19, bermula dari kehidupan dan ajaran Mirza Ghulam Ahmad. Beliau mengaku sebagai Mujaddid abad ke-14 takwim Islam, Al-Masih dan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.[18][19] Ahmadi menekankan kepercayaan bahawa Islam adalah hukum terakhir kemanusiaan dan keperluan mengembalikan intipati sebenarnya, yang telah hilang ditelan zaman. Ahmadi melihat diri mereka sebagai pendulu pemulihan dan penyebaran aman Islam.[20] Terdapat sekatan undang-undang terhadap Ahmadi di beberapa negara Muslim, khususnya Pakistan.[21]

Terdapat juga Muslim yang menolak Hadith, dipanggil golongan al-Quran sahaja atau anti-Hadith.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. So Many Different Groups of Muslims oleh Yusuf Estes
  2. Early Differences and Sects in Islam oleh Abu Tahir 'Abd al-Qahir al-Baghdadi
  3. Mazhab bantu memahami agama Utusan Malaysia Online - Bicara Agama. 21/1/2011.
  4. "Islām". Encyclopædia Britannica Online. Diperoleh pada 2010-08-25. 
  5. 5.0 5.1 "Sunnite". Encyclopædia Britannica Online. Diperoleh pada 2010-08-26. 
  6. Lihat:
    • Encyclopedia of Islam and the Muslim World (2003), m/s .666
    • J. Robson. "Hadith". Encyclopaedia of Islam Online. 
    • D. W. Brown. "Sunna". Encyclopaedia of Islam Online. 
  7. Lihat:
    • Esposito (2003), m/s. 275,306
    • "Shariah". Encyclopaedia Britannica Online. 
    • "Sunnite". Encyclopaedia Britannica Online. 
  8. Salafi Islam GlobalSecurity.org. Dicapai pada 2010-11-09.
  9. "Religions". Agensi Perisikan Pusat. The World Factbook. 2010. Diperoleh pada 2010-08-25. 
  10. Tracy Miller, pengarang (10 2009). Mapping the Global Muslim Population: A Report on the Size and Distribution of the World’s Muslim Population (PDF). Pew Research Center. Diperoleh pada 2009-10-08. 
  11. Lihat:
    • Lapidus (2002), m/s. 46
    • "Imam". Encyclopaedia Britannica Online. 
    • "Shi'ite". Encyclopaedia Britannica Online. 
  12. Imamat, oleh Naser Makarem Shirazi
  13. Lihat:
    • Ahmed (1999), m/s. 44–45
    • Nasr (1994), m/s. 466
  14. Lihat:
  15. Trimingham (1998), m/s. 1
  16. Lihat:
    • Esposito (2003), m/s. 302
    • Malik (2006), m/s. 3
    • B. S. Turner (1998), m/s. 145
    • "Afghanistan: A Country Study". Country Studies. U. S. Library of Congress (Federal Research Division). ms. 150. Diperoleh pada 2007-04-18. 
  17. Lihat:
  18. “The Fourteenth-Century's Reformer / Mujaddid”, from the “Call of Islam”, oleh Maulana Muhammad Ali
  19. "Claims of Hadhrat Ahmad, Chapter Two". Alislam.org. 1904-06-24. Diperoleh pada 2010-08-06. 
  20. The Ahmadi Muslim Community. Who are the Ahmadi Muslims and what do they believe? Waqar Ahmad Ahmedi gives a brief introduction to the Ahmadi branch of Islam Times Online. 27 Mei 2008.
  21. "Ahmadiyya Debate". Parliament of United Kingdom. Diperoleh pada 22 Oktober 2010.