Mata Ketiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mata Ketiga adalah merupakan sebuah drama seram mistik yang diadaptasi daripada novel bertajuk sama karya Zulkifli Ahmad Idrus yang diarahkan oleh C. Kumaresan dibawah syarikat Skop Productions Sdn. Bhd.. Drama ini telahpun ditayangkan buat julung kalinya di laman web Tonton pada 31 Oktober 2018 lalu yang kemudiannya disiarkan semula pada tahun 2021. Dibintangi oleh Hafeez Mikhail, Mustaqim Bahadon, Fimie Don, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan ramai lagi. Drama ini mula disiarkan di saluran TV3 bermula pada 22 Julai 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10:30 malam. [1]

Mata Ketiga
GenreSeram
Mistik
Supernatural
Berdasarkan daripada
Mata Ketiga karya Zulkifli Ahmad Idrus
PenciptaZulkifli Ahmad Idrus
Ditulis olehZulkifli Ahmad Idrus
PengarahC. Kumaresan
Dibintangi oleh
Hafeez Mikhail
Mustaqim Bahadon
Fimie Don
Isyariana Azmi
Dayana Roza
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifShamin Yusof
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran24 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTonton (2018)
TV3 (2021)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal31 Oktober - 9 November 2018 (Tonton),
22 Julai - 16 Ogos 2021 (TV3)
Kronologi
Diikuti olehGhaib

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Faizul (Hafeez Mikail), ialah seorang pelajar universiti tempatan yang sentiasa mendapat gangguan makhluk halus mula menyedari akan kurniaan mata ketiga yang dianugerahkan kepadanya.

Apakah keupayaan berkomunikasi dengan alam mistik ini satu keistimewaan ataupun hanya beban yang perlu dihadap sepanjang hayat?

Kisah bermula apabila Faizul dan empat sahabat rapatnya menjalankan ekspedisi menjelajah hutan yang mana ia diketuai oleh Profesor Mazlan (Radhi Khalid).

Sebelum pengembaraan bermula, Faizul yang arif tentang ilmu hutan meminta agar rakan-rakannya menurut pantang larang ketika berada di dalam hutan.

Namun mereka semua mengambil ringan kata-kata Faizul sehinggalah berlakunya insiden di mana Farah (Isyariana Azmi) telah dirasuk.

Faizul mula mencari kebenaran berkaitan anugerah mata ketiga yang dipunyainya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Mata Ketiga mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.