Rahim Razali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato' Haji Rahim Razali
Rahimrazali01.jpg
Dato' Haji Rahim Razali
Kelahiran Rahim Razali
3 Julai 1939 (75 tahun)

Dato' Haji Rahim Razali (lahir 3 Julai 1942 di Batu Gajah, Perak) merupakan pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit Filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis tersohor di Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah aliran Inggeris di Sekolah Anderson, Ipoh.Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne selama lima tahun dalam jurusan Chartered Accountancy di bawah Rancangan Colombo.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bekerja sebagai pembantu penyiaran di Radio Malaya, Tobacco Co. Bhd, di Kementerian Kebudayaan, dan SSC & B Lintas Sdn. Bhd dan syarikat iklan rokok SH Benson Advertising Company. Seterusnya bekerja di Fleet Communication. 1981 menubuhkan syarikat sendiri Angkatan Seniman Abad XX Sdn Bhd bersama Wan Rohani Zain, bekas penyampai berita RTM.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sejak 1950an beliau menjadi penulis skrip dan pengarah bagi drama di sekolahnya.Di Australia , Rahim menyertai Melbourne University Theatre Dub, Brighton Theatre Group, dan Australia Broadcasting Commission. 1963, berlakon sebagai Hamlet dalam Hamlet iaitu persembahan untuk Brighton Thearte Group. Pada tahun 2010 beliau mengarahkan Muzikal Uda & Dara karya asal Usman Awang. Beliau bertanggungjawab mencungkil dan menyerlahkan bakat lakonan ramai bintang sejak era 70an, dan terbaru beliau berjaya menampilkan penyanyi popular Misha Omar sebagai bintang teater muzikal yang mempunyai keseimbangan dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Beliau menerbitkan 50 drama televisyen di RTM dan berlakon 15 buah filem.

Sejak 1960an menceburi dunia lakonan di RTM. Sejak 1981 telah mengarah 8 buah filem dan filemnya terpilih mewakili negara ke Tokyo International Film Festival, London International Film Festival dan lain-lain.

  1. 2010 - Hikayat Merong Mahawangsa - (Pelakon Pembantu)
  2. 2010 - 4 Madu - (Pelakon Utama)
  3. 2010 - Janin (filem) - (Artis Jemputan)
  4. 2010 - Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami - (Pelakon Pembantu)
  5. 2009 - Muallaf - (Pelakon Pembantu)
  6. 2009 - Pisau Cukur - (Pelakon Pembantu)
  7. 2009 - Cinta Terakhir - (Pelakon Pembantu)
  8. 2008 - CUCI - (Pelakon Pembantu)
  9. 2008 - Jarum Halus - (Pelakon Pembantu)
  10. 2007 - 1957 Hati Malaya - (Artis Jemputan)
  11. 2007 - Qabil Khusry Qabil Igam - (Pelakon Pembantu)
  12. 2006 - Cinta - (Pelakon Utama)
  13. 2004 - Puteri Gunung Ledang - (Pelakon Utama)
  14. 2003 - Aku Kaya The Movie - (Pelakon Pembantu)
  15. 2002 - Embun - (Pelakon Pembantu)
  16. 2002 - KL Menjerit - (Pelakon Pembantu)
  17. 1993 - Abang 92 - (Pelakon Pembantu)
  18. 1987 - Puteri - (Pelakon Pembantu)
  19. 1981 - Tsu Feh Sofiah - (Pelakon Utama)
  20. 1981 - Abang - (Pelakon Utama)
  21. 1978 - Dayang Suhana - (Pelakon Utama)
  22. 1997 - Iman Alone - (Pengarah), Cerita Asal, Lakon Layar
  23. 1993 - Abang 92 - (Pengarah), lakon layar
  24. 1990 - Warna-Warna Hati - (Cerita Asal), lakon layar
  25. 1990 - Rentak Desa - (Pengarah), cerita asal
  26. 1989 - Anak Sarawak - (Pengarah), kaon layar, cerita asal
  27. 1987 - Puteri - (Pengarah), cerita asal, lakon layar
  28. 1984 - Matinya Seorang Patriot - (Lakon layar), pengarah, cerita asal
  29. 1982 - Pemburu - (Cerita Asal), lakon layar, pengarah
  30. 1981 - Abang - (Pengarah), cerita asal
  31. 1981 - Tsu Feh Sofiah - (Pengarah), cerita asal, lakon layar

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. 2007 - Festival Filem Malaysia ke-20 - Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu)
  2. 1986 - Festival Filem Malaysia ke-6 - Pengarah Terbaik
  3. 1986 - Festival Filem Malaysia ke-6 - Skrip Terbaik
  4. 1984 - Festival Filem Malaysia ke-5 - Sutradara Terbaik
  5. 1984 - Festival Filem Malaysia ke-5 - Lakonlayar Terbaik
  6. 1981 - Festival Filem Malaysia ke-2 - Pelakon Lelaki Terbaik
  7. 1981 - Festival Filem Malaysia ke-2 - Skrip Terbaik[1]

Pengacara sukan[sunting | sunting sumber]

Beliau minat sukan terutama bola sepak, ragbi, hoki, tenis dan terkini golf. Kerjaya pengaracara sukan dipupuk sejak 1965 lagi .[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]