Matagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matagi dengan seekor beruang yang dibunuh, pada tahun 1966 di Kamikoani, Akita

Matagi (Jepun: マタギ, atau dalam kanji 又鬼) ialah kumpulan pemburu musim sejuk tradisional di wilayah Tōhoku, bahagian utara Jepun. Kawasan ini sekarang dikenali hari ini dengan kawasan Ani di Prefektur Akita, yang terkenal dengan baka anjing Akita. Budaya Matagi ini tersebar ke hutan Shirakami-Sanchi antara Akita dan Aomori, dan kawasan lain di Jepun. Kumpulan Matagi didokumentasikan sebagai kumpulan khusus dari zaman pertengahan dan seterusnya, sebagai sebuah suku kaum yang terus memburu rusa dan beruang sehingga ke hari ini, dan budaya mereka mempunyai banyak persamaan dengan penyembahan beruang orang Ainu .

Dengan pengenalan senjata api moden pada abad ke-19, dan kebangkitan pembuatan senapang untuk pasaran domestik (bermula dengan penghasilan senapang Murata), keperluan untuk memburu beruang secara berkumpulan telah berkurangan. Kumpulan Matagi selalunya memburu di dalam berkumpulan dan dengan kekurangan keperluan untuk aktiviti memburu secara berkumpulan telah membawa kepada penurunan dalam budaya Matagi.

Dusun Matagi terletak di beberapa daerah seperti Nishitsugaru dan Nakatsugaru (Wilayah Aomori), Kitaakita dan Senboku (Wilayah Akita), Waga (Wilayah Iwate), Nishiokitama dan Tsuruoka (Wilayah Yamagata), Murakami dan Nakauonuma (Wilayah Niigata dan Wilayah Nagano).

Etimologi dan bahasa[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Matagi bertutur di dalam bahasa Jepun akan tetapi terdapat beberapa kosa kata bahasa suku kaum Matagi yang mengandungi beberapa perkataan daripada bahasa Ainu.[1] [2] Perkataan "matagi" itu sendiri mungkin berasal daripada bahasa Ainu, daripada matangi atau matangitono, yang bermaksud "lelaki musim sejuk" atau "pemburu". [a]

Asal etnik[sunting | sunting sumber]

Menurut Lee dan Hasegawa, Matagi adalah keturunan kumpulan pemburu dan nelayan orang yang berbahasa Ainu yang telah berhijrah turun dari kepulauan Hokkaido ke bahagian Honshu. Budaya mereka juga telah menyumbang kepada beberapa toponim dan kata pinjaman terbitan bahasa Ainu, terutamanya perkataan yang berkaitan dengan geografi dan haiwan hutan dan haiwan hidupan air yang mereka buru, kepada penduduk tempatan yang berbahasa Jepun. [3]

Amalan memburu[sunting | sunting sumber]

Kerohanian[sunting | sunting sumber]

Matagi mempunyai budaya unik yang berpusat kepada kepercayaan mereka terhadap tuhan gunung dan undang-undang yang berbeza. Bagi mereka, memburu adalah sebuah cara hidup, dan bukannya satu bentuk sukan. Haiwan yang diburu dianggap sebagai sebuah hadiah daripada tuhan gunung, dan Matagi mempunyai cara yang khusus untuk menyembelih dan memproses daging haiwan tersebut. Selepas haiwan itu dibunuh, ianya dipuja supaya roh haiwan menjadi aman. Kemudian, untuk mengimbangi kehilangan nyawa, segala bahagain daripada haiwan tersebut, dari bulu ke organ dalaman, akan digunakan. Penekanan diberikan kepada tindakan mengambil nyawa haiwan melalui upacara dan refleksi, yang kemudiannya diteruskan kepada generasi Matagi akan datang.

Matagi masa kini[sunting | sunting sumber]

Masih terdapat komuniti orang Matagi yang tinggal di dusun kecil hutan beech sekitar gunung Tōhoku dan terlibat dalam aktiviti pertanian semasa musim menanam dan menuai. Pada musim sejuk dan awal musim bunga, mereka akan membentuk kumpulan pemburu yang menghabiskan berminggu-minggu di dalam hutan.

Beberapa kumpulan Matagi telah berkonflik dengan aktivis alam sekitar, kerana mereka (aktivis) bimbangkn kesan aktiviti penebangan hutan dan kepupusan spesies haiwan tertentu. [4] Komuniti Matagi tidak lagi memburu serow Jepun, yang dilindungi oleh undang-undang, tetapi masih memburu beruang dengan lesen khas.

Rujukan dalam bahan sastera[sunting | sunting sumber]

Budaya Matagi telah diketengahkan di dalam novel biografi Dog Man: An Uncommon Life on a Faraway Mountain oleh Martha Sherrill. Novel tersebut berkisar tentang budaya Matagi moden dan berfokus pada seorang watak bernama Uesugi, yang merupakan rakan watak utama dengan membantu memelihara anjing baka Akita, yang mereka gunakan secara meluas untuk memburu.

Matagi juga pernah diketengahkan sebagai watak utama dalam novel, Gadis Berwajah Bulan karya Ellis Amdur. Dalam siri manga Golden Kamuy seorang pemburu Matagi bernama Tanigaki Genjirou juga muncul dan diketengahkan, begitu juga dengan budaya Ainu secara umum di dalam manga tersebut.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Formed from the component words 'mata', "winter," with connotations of "men's work" or "hunting," and 'tono', "sir, leader." However, note that tono is in fact a loanword from the Japanese language.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Masaki, Kudō (1989). Jōsaku to emishi. Kōkogaku Library. 51. New Science Press. m/s. 134.
  2. ^ Tanigawa, Ken'ichi (1980). Collected works. 1. m/s. 324–325.
  3. ^ de Graaf, Tjeerd (18 March 2015). Documentation and Revitalisation of two Endangered Languages in Eastern Asia: Nivkh and Ainu.
  4. ^ Schnell, Scott (14 March 2010). Matagi: Hunters as Intermediaries Between 'Wild' and 'Domestic.'. Japan Anthropology Workshop.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]