Maznah Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Dr

Maznah Binti Abd. Hamid
Gambar rasmi Datuk Dr. Maznah Hamid.jpg

Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE ( 1981 - kini )

Lahir 18 April 1955 (59 tahun)
Ayer Hitam, Kedah
Parti politik BN-100px.jpg-UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
Pasangan Haji Shaheen Mirza Habib (1979 - kini)
Anak 5 orang
Religion Islam
Laman web securiforce.com.my

Datuk Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi ceramah dan motivasi kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, penjawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri. Sehingga kini, beliau masih terus aktif dalam memberi ceramah dan motivasi kepada masyarakat.

Beliau telah banyak bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.

Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Datuk Dr Maznah Hamid dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tanggal 18 April 1955. Beliau kemudian berkahwin dengan Haji Shaheen Mirza Habib pada 11 Mac 1979 dan dikurniakan lima cahaya mata, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau adalah:

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dr. Maznah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Menengah Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Linguistik di Pusat Bahasa, CML. Beliau adalah seorang “Self-Taught’ dan sentiasa bergiat aktif memperluaskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan praktikal di dalam dan luar negara sehingga kini dalam pelbagai bidang professional dan praktikal. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Diploma Administration Business Executive ( ABE )

2. Personnel Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)

3. Diploma in Personal and Personnel Management - Personal Development Leadership Corporations (PDL)

4. Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education - Hawaii, USA

5. Business School For Entrepreneurs, USA

6. Business School For Investors, Singapore

7. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.

Prinsip pendidikan bagi beliau ialah kejayaan dan kecemerlangan seseorang bukanlah bergantung kepada ‘paper qualification’ dan ‘pengumpulan ijazah’ tetapi lebih kepada kepintaran dan kebijaksanaan seseorang mencari bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh ‘dipergunakan’ di kemudian hari di dalam pelbagai aspek kehidupan; kemudian mempraktikkannya untuk mendapat kecemerlangan dan kejayaan di dalam bidang kerjaya dan kehidupan pada masa depan dan sentiasa menjadikan 'belajar' sebagai aktiviti sepanjang hayat.

Kerjaya dan Perlantikan[sunting | sunting sumber]

1. Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE (1981 - kini)

2. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) (Mac 1992 - 2003)

3. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad (1995 - kini)

4. Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji ( LTH ) (Feb 1997 - Feb 2001)

5. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah ( Negeri Kedah ), (Julai 1997 - kini)

6. Pengerusi Tabung Haji Travel Industries Sdn. Bhd. (Dis 1997 - Dis 1998)

7. Presiden Kehormat, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Wilayah Utara (USAHAWATI), (Julai 1999 - kini)

8. Pengerusi DANAU LUMAYAN (Pemaju Hartanah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur), (1997 - kini)

Hasil Penulisan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Motivasi Memburu Kejayaan (3K) – 1994 (Ulangcetak Edisi kemaskini kali ke 8 – 2012)
  • Motivasi Memburu Kejayaan (edisi Mandarin) – 2004
  • Mini Siri Rahsia 3K (2011)
    Motivasi Memburu Kejayaan (3K)
  • Dialog Jejak Jutawan
  • Falsafah Kejayaan
  • Falsafah Kebahagiaan
  • Falsafah Kekayaan
  • Album Motivasi Muzikal Kolaborasi bersama AL-Farabiband (2011)
  • Transformasi Diri – Menuju Kejayaan & Kebahagiaan (2013)
  • Himpunan Doa Harian (2013)

Anugerah Khas Kecemerlangan Dan Ketokohan[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Anugerah
Anugerah Graduan Cemerlang dan Daya Kepimpinan Diri - Personal

Development Leadership (PDL)

Anugerah Usahawan Cemerlang – Dewan Perniagaan dan Perusahaan

Melayu Malaysia (DPPMM)

Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim – Avon
Anugerah Wanita Kehormat – Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Entrepreneur Appreciation Award – PDL
Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan & Kooperasi (MECD)
2005 Anugerah Kecemerlangan Wanita – Majalah Her World
2007 Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
2008 Anugerah Ibu Usahawan – AVON
2008 Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan – Help University
2008 Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
2008 Anugerah Usahawan Luarbiasa NWEA – (SMIDEC)
2011 Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita (Finalis)
2011 Anugerah Platinum Entrepreneur Award – SME Recognition Award 2011
2012 Anugerah Tokoh Ibu Harmoni – Utusan Karya

Anugerah Kebesaran Persekutuan dan Negeri[sunting | sunting sumber]

Ahli Mahkota Kedah (AMK) - Kedah 1991

Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan 1993

Panglima Jasa Negara (PJN) - Persekutuan 1996

Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) - Kedah 2001

Jaksa Pendamai (JP) - Kedah 2008

Sumbangan Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Segala sumbangan beliau dalam kerja kemasyarakatan masih berterusan sehingga kini. Berikut adalah antara sumbangan beliau dalam kerja kemasyarakatan :

  • Residen Speaker untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) – Radio TV
  • Residen Speaker untuk Sistem Televisyen Malaysia – TV3
  • Rancangan Mingguan Radio Satu
  • Rancangan Mingguan Radio Tiga Alor Setar
  • Rancangan Mingguan Radio Kuala Lumpur
  • Rancangan Mingguan Radio Tiga Melaka
  • Rancangan Mingguan Radio Tiga Ipoh
  • Rancangan Motivasi NONA TV3, Jan 1990 – Jun 1990
  • Rancangan Malaysia Hari Ini – Imej, TV3
  • Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM 1
  • Rancangan MINDA, RTM 1
  • Rancangan Mercu Usahawan – RTM 1
  • Rancangan Kes Juvana – RTM
  • Rancangan Bulanan Minda Usahawan – Radio
  • Rancangan Wanita Hari Ini – TV3
  • Ceramah Motivasi Pendidikan di Pusat-pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan dan Anak Istimewa.
  • Ceramah Motivasi Keusahawanan anjuran Kelab-kelab Usahawan Muda serta persatuan belia tempatan
  • Forum Usahawan Muda anjuran YADIM & UPM
  • Ceramah Konvensyen Pertubuhan Wanita Sarawak
  • Ceramah Forum Wanita Bersama Kedah Maju 2010
  • Kursus Pembangunan Diri dan Keluarga Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia
  • Ceramah Motivasi Kecemerlangan Kerjaya di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan berkanun dan agensi-agensi swasta.
  • Program Gerak Usahawan Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Seminar Persatuan Pengetua Sekolah Menegah SABAH
  • Bengkel Pembangunan Usahawan Bumiputera anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Ceramah Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Kedah Darul Aman – Nur Memupuk Kemakmuran Ekonomi
  • Program Gerak Usahawan 2005 peringkat Negeri Johor
  • Program Gerak Usahawan 2005 peringkat Negeri Kedah
  • Program Gerak Usahawan 2006 di seluruh Malaysia
  • Program Motivasi Keusahawanan Bintulu, Sarawak (Anjuran SEDC)
  • Program Astro Awani
  • Program Apa Kata Wanita bersama Zamzarina (RTM1)
  • Program Hello-On-Two (RTM2)

Penglibatan di dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Peringkat Cawangan / Bahagian[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Wanita Cawangan Ayer Hitam (1998 - kini)
  • Ketua Wanita Bahagian Jerlun (1998 - kini)

Peringkat Negeri[sunting | sunting sumber]

  • Bendahari Pergerakan Wanita Perhubungan Negeri Kedah (1996 – 1998)
  • Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi & Usahawan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita UMNO Negeri Kedah

Peringkat Persekutuan[sunting | sunting sumber]

  • Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. SECURIFORCE SDN BHD

2. DATUK MAZNAH PROFILE

3. 'Iron Lady' inspirasi wanita

4. Senarai Unggul – 8 Guru Bisnes Pilihan Usahawan Malaysia

5. Up close and personal with Datuk Maznah Hamid

6. Tunjuk berani demi kerja –- Maznah

7. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa.-Maznah Hamid

8. ‘Modal sebenar diri kita’ - Maznah

9. YPU ANJUR LUNCHEON TALK BERSAMA DATUK MAZNAH HAMID PADA 23 OKT INI

10. http://www.womenforum.asia/KL/datuk-dr-maznah-hamid/

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Facebook Rasmi

Twitter Rasmi