Membilang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Membilang atau mengira ialah satu kaedah matematik yang selalunya digunakan untuk mengetahui jumlah bilangan objek atau untuk menolak bilangan objek yang diingini (bermula dengan satu untuk objek pertama dan diteruskan dengan fungsi injeksi dari bilangan objek yang tinggal kepada nombor asli yang bermula dengan dua), atau untuk mencari nombor ordinal sesuatu objek dalam objek-objek yang tersusun, atau mencari sesuatu objek dengan nombor ordinal yang khusus. Membilang juga digunakan (terutamanya oleh kanak-kanak) untuk menunjukkan pengetahuan tentang nama angka dan sistem nombor. Dalam matematik, istilah membilang juga bermaksud mencari bilangan elemen untuk set terhingga.

Membilang menggunakan tanda catatan.

Membilang juga kadang-kadang menggunakan nombor selain dari satu; contohnya, apabila mengira wang dan tukaran

  • "mengira dengan dua" (2, 4, 6, 8, 10, 12…)
  • "mengira dengan lima" (5, 10, 15, 20, 25…).

Terdapat bukti arkeologi yang menunjukkan manusia telah mula membilang sekurang-kurangnya sejak 50,000 tahun dahulu[1]. Membilang adalah penting dalam tamadun-tamadun dahulu untuk merekodkan data ekonomi seperti hutang dan modal, dan juga dalam pengiraan asas yang lain. Pembangunan kaedah membilang telah membawa kepada pembangunan matematik, tatatanda matematik dan sistem angka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. An Introduction to the History of Mathematics (6th Edition) by Howard Eves (1990)p.9

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.