Menara Almas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Menara Almas (Menara Berlian) adalah pencakar langit setinggi 360 meter (1,181 kaki) yang sedang dibina di Dubai, Amiriah Arab Bersatu. Pembinaan bermula pada awal 2005 dan dijangka tamat pada 2008. Apabila siap, ia akan memiliki 74 tingkat, 70 darinya merupakan ruang perdagangan dan 4 tingkat merupakan tingkat perkhidmatan.

Menara ini terletak di pulau buatan di tengah pembangunan Jumeirah Lake Towers. Menara ini merupakan menara tertinggi di pembangunan tersebut apabila siap. Ia direka oleh Atkins Middle East, syarikat jurubina yang telah mereka bentuk kebanyakan komplek JLT. Menara itu dibina oleh Taisei Corporation dari Jepun yang diberi kontrak oleh Nakheel Properties pada 6 Julai 2005.[1]

Apabila siap, perdagangan dan pemotongan berlian akan dilakukan di situ. Disebabkan jenis transaksi yang dilakukan di situ, taraf keselamatan yang tinggi akan dipasang di situ.

Galeri gambar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 25°04′08.25″N 55°08′28.34″E / 25.0689583°U 55.1412056°T / 25.0689583; 55.1412056