Dubai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dubai
إمارة دبيّ
Amiriah
Amiriah Dubai
Pencakar langit di Jalan Sheikh Zayed

Bendera
Lokasi Dubai di UAE
Koordinat: 25°15′00″N 55°18′00″E / 25.25000°U 55.30000°T / 25.25000; 55.30000
Negara Emiriah Arab Bersatu
Amiriah Dubai
Diperbadankan (bandar) 9 Jun 1833
Kemerdekaan dari UK 2 Disember 1971
Founded by Maktoum bin Bati bin Suhail (1833)
Pusat Dubai
Subbahagian
Kerajaan
 • Jenis Raja berperlembagaan[1]
 • Amir Mohammed bin Rashid Al Maktoum
 • Putera Mahkota Hamdan bin Mohammed Al Maktoum
Keluasan[2]
 • Amiriah 4,114 km2 (1,588 sq mi)
 • Metro 1,287.4 km2 (497.1 sq mi)
Populasi (2008)[3]
 • Amiriah 2,262,000
 • Kepadatan 408.18/km2 (1,057.2/sq mi)
 • Metro 2,262,000
 • Nationality (2005)[4] 27% Arab (18% orang Emirati)
40% orang India
15% orang Pakistan
10% orang Bangladesh
5% orang Sri Lanka
2% orang Asia Timur
2% orang Barat
1% orang Afrika
Zon waktu Waktu piawai UAE (UTC+4)
Laman web
Amiriah Dubai
Majlis Perbandaran Dubai

Dubai (dalam Bahasa Arab: دبيّ‎, Dubayy, sebutan /dʊ'baɪ/ dalam Bahasa Inggeris) merujukkan pada sama ada:

  • salah satu dari tujuh amiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu di bahagian selatan Semenanjung Arab, atau
  • bandar utama amiriah ini, kadang-kadang dipanggil "Bandaraya Dubai" untuk membezakannya dari amiriah tersebut.

Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mengandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar. Kebanyakan jualan amiriah adalah dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA)[5] dan, kenaikannya, dari pelancongan.

Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Walau bagaimanapun, ini menarik perhatian, bersesuaian dengan kemunculannya sebagai sebuah hab bisnes dunia, dan juga menonjolkan isu-isu hak kemanusiaan mengenai tenaga kerja pendatang besarnya.

Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang juga Wakil Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Meskipun bentuk pemerintahan Dubai adalah dalam bentuk kerajaan berpelembagaan, namun kerajaan berpelembagaan itu terpaksa tunduk pada undang-undang yang berlaku di sana.

Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2.262.000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. Pada awal 1900-an kebudayaan Dubai telah dipengaruhi dengan kebudayaan Iran. Lalu, mulai 1960-an, adat kebudayaannya telah digantikan dengan kebudayaan India dan Pakistan. Kini kebudayaan asing lain turut ikut mewarnai kehidupan rakyat dan masyarakat Dubai.

Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mendongkrak pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keIslaman dan kontemporari.

Dubai telah banyak sekali membangunkan hotel dan gedung mewah dengan fasiliti kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Apabila diintip beberapa hotel supermewah, seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta Pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan terkaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Pulau Palma[sunting | sunting sumber]

Pulau Palma atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Palm Island. Ia merupakan pulau buatan di Dubai yang bentuknya menyerupai pohon palma. Pulau ini tidak dicipta untuk satu gugusan pulau sahaja, tetapi ia telah dicipta untuk tiga gugusan.

Pulau buatan menyerupai pohon palma ini telah diberikan sebagai Palma Jumeirah, Palma Jebel Ali, dan Palma Deira yang luasnya sekitar 25km dua kaki persegi. Pulau buatan ini dibentuk dengan cara reklamasi yang di atasnya sedang dan akan dibangun lebih dari 100 hotel mewah, banglo perumahan, apartment, restoran, dan sebagainya.

Hotel Atlantis[sunting | sunting sumber]

Hotel ini telah menghebohkan dunia kerana pembukaan dan perasmiannya pada 24 September 2008 dihadiri begitu banyak pesohor Hollywood dan Bollywood, seperti Shahrukh Khan,Rani Mukerji, Lily Allen, Robert De Niro, Priyanka Chopra, Denzel Washington, Janet Jackson, Sarah, Duchess of York, Charlize Theron, Sir Richard Branson, Mischa Barton, Chris Tucker, Michael Jordan, Wesley Snipes dan Lindsay Lohan.

Hotel mewah ini menjadi salah satu hotel termahal di dunia dengan biaya menginap sekitar 231043 US Dolar semalam. Tetapi yang istimewanya, Selain dari bilik tidur yang spektakular melebihi 2000 bilik, hotel ini juga menyediakan akuarium raksasa terdiri lebih dari 65.000 ikan, Terdapat juga dolphinarium atau akuarium khusus bagi ikan lumba-lumba dalam hotel ini. Kebanyakan ikan lumba-lumba khusus didatangkan dari Kepulauan Solomon.

Burj Al Arab[sunting | sunting sumber]

Salah satu hotel mewah di Dubai yang terkenal kerana bentuknya. Dengan ketinggian sekitar 321 meter dan berbentuk seperti perahu layar dhow serta terletak di Palma Jumeirah, pembinaan hotel ini telah menelan belanja lebih kurang US$650 juta. Ini sekaligus menjadikan Burj Al-Arab adalah binaan hotel yang termahal didunia serta menjadi salah satu hotel yang dibanggakan di Dubai. Burj Al-Arab juga kini telah dinobatkan sebagai satu-satunya hotel didunia yang mempunyai gred Hotel 7 bintang.

Menara Dinamik Dubai[sunting | sunting sumber]

Salah satu gedung pencakar langit yang sangat sensasi lagi bertaraf antarabangsa di Dubai adalah Menara Dinamik Dubai (juga dikenali sebagai Dynamic Architecture Building atau Da Vinci Tower). Menara ini berketinggian 420-meter bersamaan (1,378 kaki) dari paras laut, mempunyai 80 aras dan ia merupakan menara pertama di dunia yang lantainya dapat berputar 360° secara horizontal dengan kecekapan penuh 90 minit satu pusingan, tetapi kelajuannya tetap berbeza antara satu lantai dengan lantai yang lain mengikut aturan kawalan dan arah mata angin luaran. Ini membuatkan menara ini menjadi salah satu bangunan yang paling berprestij di kota ini dan didunia amnya. Bangunan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2010.

Masjid Jumeirah Dubai[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan bangunan-bangunan moden yang kini sedang giat dibangunkan di Dubai, terselitnya bangunan Masjid bersejarah dengan rekaan tradisi Fatimid yang kental bercampur dengan seni bina Islam moden yang tampak sangat elegan.

Masjid ini adalah satu-satunya masjid di Dubai yang boleh dimasuki oleh para pelancong bukan Muslim Namun, kebenaran kemasukan pelawat bukan Islam adalah dengan peraturan yang cukup ketat. Di antaranya adalah aturan berpakaian dan waktu kunjungan khusus pelancong yang ingin melihat-lihat sekitar masjid ini.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Tempat menarik lain yang boleh dikunjungi oleh para pelancong adalah:

  • Muzium Dubai - berisi benda-benda bersejarah Dubai. Di dalam muzium pengunjung dapat mempelajari kehidupan ditengah padang pasir, rumah tradisional Arab, berbagai artifak, dan peninggalan Emiriah ini.
  • Jumeirah Archeological - tapak bersejarah peninggalan abad ke-3 – 6 Sebelum Masehi serta peninggalan Dinasti Umayyad di abad ke-7 ketika agama Islam mula merebak penuh masuk ke seluruh Semenanjung Jazirah Arab.
  • Bastakiya Quarters – wilayah/pekan tua di Dubai, tempat dimana masih boleh ditemukan rumah-rumah tradisional dengan menara angin yang banyak digunakan sebelum ada tenaga elektrik.
  • Burj Khalifa - bangunan tertinggi di dunia [6]

Hotel penginapan lain yang sesuai dan berpatutan di Kota Dubai

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]