Mesohippus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mesohippus
Julat zaman: Pertengahan EosenAwal Oligosen
M. barbouri
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Perissodactyla
Famili: Equidae
Subfamili: Anchitheriinae
Genus: Mesohippus
Marsh, 1875
Spesies
  • See text

Mesohippus (Yunani: μεσο/meso "tengah" + ιππος/hippos "kuda") merupakan genus kuda purba yang pupus. Ia hidup sekitar 30 ke 40 tahun yang lalu dari Pertengahan Eosen hingga Awal Oligosen.[1] Seperti kebanyakan kuda fosil, Mesohippus umum ditemui di Amerika Utara.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Pemulihan

Mesohippus mempunyai kaki yang lebih panjang daripada pendahulunya Eohippus, dan tingginya sekitar 60 cm {6 tangan}. Ia juga kehilangan sebatang jari sekaki dan juga amat bergantung pada jari kaki tengahnya biarpun dua batang jari lain juga digunakan.[2] Wajah Mesohippus lebih panjang dan dan lebih besar daripada anggota-anggota Equidae yang dahulu. Ia mempunyai sedikit fosa atau lekukan wajah dalam tengkorak. Matanya lebih bundar, terpisah lebih jauh, dan terletak lebih ke belakang daripada Hyracotherium.

Rangka

Tidak seperti kuda terdahulu, giginya berkorona rendah dan mempunyai celah tunggal di belakang gigi depan di mana letaknya lagam pada kuda moden. Selain itu, ia mempunyai satu lagi gigi geraham, maka terdapat enam batang kesemuanya. Mesohippus merupakan makhluk peragut yang makan ranting yang lembut serta buah-buahan.[2] Hemisfera serebrum atau rongga kraniumnya ketara lebih besar daripada leluhurnya, tetapi otaknya serupa dengan otak kuda moden.

Spesies[sunting | sunting sumber]

  • M. bairdi
  • M. barbouri
  • M. braquistylus
  • M. equiceps
  • M. hypostylus
  • M. intermedius
  • M. latidens
  • M. longiceps
  • M. metulophus
  • M. montanensis
  • M. obliquidens
  • M. proteulophus
  • M. westoni

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. McKenna, M. C.; Bell, S. K. (1997). Classification of Mammals: Above the Species Level. Columbia University Press. ms. 631. ISBN 978-0-231-11013-6. 
  2. 2.0 2.1 Palmer, D., pengarang (1999). The Marshall Illustrated Encyclopedia of Dinosaurs and Prehistoric Animals. London: Marshall Editions. ms. 255. ISBN 1-84028-152-9.